Susah kan nak cari pasangan? Lebih-lebih lagi nak cari pasangan yang menepati kriteria dan citarasa kita. 

Kajian menunjukkan masih ramai lagi lelaki dan wanita yang masih bujang. 

Bila melihat ramai saudara-mara, kenalan rapat serta ahli keluarga sudah berkahwin dan mempunyai anak mungkin timbul rasa sedikit cemburu di hati, kan? Maklumlah, anda seorang sahaja yang masih bujang dan bersendirian.

Menurut kajian, berkahwin juga ada umur yang terbaik. Bahkan, orang tua-tua ada berkata “lelaki paling sesuai berkahwin pada usia 25-33 tahun”. Ini kerana pada masa ini lelaki sudah cukup matang dan stabil. 

Manakala, bagi perempuan pula amat sesuai berkahwin ketika usia mencapai 22-26 tahun. 

Namun, ramai orang pada masa kini menganggap umur 26 tahun adalah masa yang amat sesuai untuk bernikah. Mengapa? Jom baca artikel ni sampai habis!

  1. Ekonomi dah stabil 

Pada usia ini, tidak kira anda seorang wanita atau lelaki pasti sudah mempunyai kerja tetap. Jadi, sumber kewangan dan ekonomi anda sudah pasti sudah kukuh untuk berkahwin. 

  1. Dah puas menikmati zaman bujang

Kebanyakan pasangan di usia ini, pasti sudah puas menikmati keseronokan zaman bujang nya. Maka sudah sampai masa, untuk berseronok bersama keluarga kecil yang bakal dibina. 

  1. Tahu tanggungjawab

Bila mana, anda sudah masuk di usia 26 tahun. Pasti anda sudah boleh mengenal pasti mana tanggungjawab, mana komitmen serta mana yang patut didahulukan. 

  1. Mempunyai ilmu rumah tangga

Di dalam sebuah perkahwinan, pastinya ilmu tersangatlah penting. Ilmu rumahtangga, ilmu kekeluargaan, ilmu kewangan, ilmu keibubapaan dan banyak lagi ilmu yang perlu dipelajari. 

Jadi, jangan risau jika anda masih belum bertemu jodoh. Tuntutlah ilmu mengenai perkahwinan. Belajar untuk perbaiki diri sendiri. Untuk yang lelaki, belajar untuk menjadi pemimpin yang baik. Moga-moga urusan kita semua dipermudahkan.

Penulis : Fatimah