Jodoh ialah hubungan antara dua individu yang tidak dikenali, disatukan dalam akad janji setia untuk melalui kehidupan bersama. Mungkin tidak mudah untuk menemuinya, namun tetap perlu berusaha untuk mencari bukan terus menunggu. Di sini admin kongsikan dengan anda 5 ikhtiar yang boleh dilakukan untuk mendapat jodoh.

- KENALAN DARI KAWAN
Kadang-kadang ramai sebenarnya orang boleh berjumpa jodoh daripada kenalan kawan kita sendiri. Punca berlakunya kawan kenalkan atau “kenenkan” kita pada si dia. Dari perkenalan tersebut juga boleh menjadi detik permulaan jodoh kita. Boleh la anda minta kawan-kawan kenalkan anda kepada kenalan mereka, mana tahu mungkin jodoh anda ada bersama mereka.
- KHIDMAT KOMUNITI
Apabila anda terlibat dengan program atau khidmat komuniti pasti anda akan kenal dengan orang baharu dan mungkin dari sini anda boleh berkenalan dan mencari bakal pasangan anda. Anda boleh dapat pasangan yang mempunyai sama minat ataupun hobi dan akan jadi lebih seronok tau.
- MAJLIS KERAMAIAN
Rajinkan diri untuk hadir ke majlis perkahwinan ataupun rumah terbuka. Mana tahu dengan kehadiran anda ke majlis tersebut membuatkan anda bertemu dengan rakan lama dan boleh merapatkan lagi hubungan antara kalian. Justeru, pastikan anda memakai pakaian terbaik yang boleh memperlihatkan diri anda segak dan kemas.
- BERDOA KEPADA ALLAH
Doa adalah cara terbaik untuk kita mendapatkan sesuatu dalam hidup kerana semua yang dilalui kita berada di luar pengetahuan diri sendiri. Allah Maha Mengatur dan mengetahui segala yang terbaik untuk kita semua. Doalah dengan bersungguh-sungguh tanpa rasa ragu dengan kekuasaan Allah Swt.
- DAFTAR DIRI DI PORTAL CARI JODOH
Jika anda seorang pemalu dan terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk mencari jodoh, jangan risau. Sekarang zaman teknologi, semuanya di hujung jari sahaja. Anda boleh sahaja layari portal carian jodoh muslim Malaysia seperti TillJannah.my. Pastikan anda ke portal seperti ini kerana di sana mungkin kita dapat bertemu individu yang lebih berkualiti dari sudut agama dan serius untuk mendirikan rumahtangga.
Jadi, artikel kali ini harapnya membuka minda anda semua untuk mencari pasangan hidup di pelbagai medium yang ada. Mudah-mudahan anda bakal bertemu dengan si dia yang terbaik untuk menjadi peneman hidup anda.
Penulis : Izzah
