Zaman sekarang, ramai individu-individu yang kita dengar berkahwin dengan wanita yang lebih tua 5 tahun, 10 tahun, 15 tahun dan macam-macam lagi kan. Contoh termudah boleh dilihat pada selebriti tanah air sendiri, ramai isteri yang lebih berusia daripada suami dan hidup mereka harmoni dan aman sahaja. Apa rahsianya? Artikel kali ini admin kongsikan 4 kelebihan apabila memilih wanita lebih tua sebagai isteri.

  1. Lebih Serius

Setelah wanita terbuka hati pada usia yang lebih matang ini, mereka sebenarnya telah jelas dengan matlamat perhubungan yang ingin dibina dan tidak bermain-main lagi. Selalunya mereka berfikir secara serius dan tetap dengan pendirian setelah membuat keputusan. Hal ini mungkin kesan daripada pengalaman lampau mereka dalam perhubungan dan kehidupan sebelum ini.

  1. Bersikap Terbuka

Kebanyakan lelaki mungkin merasakan wanita sangat complicated dengan pelbagai sikap yang sukar difahami. Namun berbeza dengan wanita lebih berusia yang berpotensi bersikap lebih terbuka untuk memahami pasangan. Ada kalanya mereka tiada masalah memahami hobi dan me time pasangan dengan rakan-rakan, terbuka untuk bertolak ansur dan bercakap secara terus terang.

  1. Matang 

Jika berpasangan dengan wanita yang lebih berusia, mungkin lelaki akan mudah rasai keserasian bersama. Mereka lebih matang dalam mengendalikan emosi, permasalahan dan kehidupan seharian. Sentiasa ada jalan mudah yang diambil untuk membantu meleraikan konflik dan mengawal emosi diri. Sikap keanak-anakan yang dahagakan perhatian, suka merajuk dan asyik menyalahkan sukar dijumpai pada pasangan begini. 

  1. Berdikari

Sekian lama hidup sendiri, maka tidak hairanlah jika mereka menjadi wanita yang berdikari. Tahu mengurus rumah tangga dan pelbagai urusan seharian dengan baik. Jadi, bolehlah mereka bantu suami untuk kendalikan keluarga pula nanti. 

Ini hanya 4 sahaja kelebihan yang kami senaraikan, ada banyak lagi kelebihan lain buat pengetahuan lelaki yang berhasrat untuk mencari isteri yang lebih berusia. Walaubagaimanapun, anda bebas memilih pasangan berdasarkan cita rasa masing-masing kerana setiap orang pasti berbeza cita rasa dan pandangannya kan.

Penulis : Sobiroh