Setiap manusia memang diciptakan berpasang-pasangan dan saling melengkapi antara satu sama lain.  

Firman ALLAH SWT:-

“Dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (Hawa), dan daripada kedua-duanya ALLAH mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang ramai.”

(Surah An Nisa, ayat 5)

Perkahwinan adalah sesuatu yang dituntut dalam Islam. Jika anda sudah bertemu dengan calon yang sesuai, anda digalakkan untuk menyegerakan ia. 

Dalam Islam, perkahwinan itu besar tujuannya dan bukan semata-mata penyatuan dua hati sahaja. 

Jom baca artikel ni sampai habis untuk tahu apa lagi tujuan utama perkahwinan. 

  1. Untuk memenuhi fitrah manusia 

Islam sangat menggalakkan bagi mereka yang telah mampu untuk berkahwin supaya segera bernikah. 

  1. Perkahwinan adalah tapak untuk membina masyarakat Islam
  1. Berkahwin untuk ibadah

Sememangnya perkahwinan itu menyempurnakan sebahagian daripada tuntutan agama Islam. Maka, niatkan perkahwinan itu untuk dijadikan ibadah.

Kahwin bukan kerana ikut trend, tengok kawan-kawan dah kahwin atau desakan orang sekeliling. Kahwin bila anda rasa dah ready untuk pikul segala tanggungjawab selepas berkahwin.

 

  1. Kahwin untuk menyambung zuriat

Menyambung zuriat juga merupakan salah satu fitrah dan tujuan penting untuk perkahwinan dalam Islam. Bermula dari memilih pasangan yang soleh dan solehah dan diharapkan zuriat yang lahir juga beriman, soleh solehah, berakhlak dan mempunyai belas ihsan terhadap sesama makhluk. 

  1. Berkahwin untuk mengeratkan hubungan silaturahim keluarga

Berkahwin bukan hanya sekadar menyatukan dua karakter pasangan yang berbeza, namun juga menyatukan karakter, adat, budaya serta pemikiran antara dua keluarga. 

Apa-apa pun, binalah keluarga dan perkahwinan yang berlandaskan Al-Quran dan syariat Islam. InsyaALLAH terpelihara.

Buat anda yang sudah bertemu calon atau jodoh yang sesuai, moga-moga dipermudahkan segala urusan. Namun, buat anda yang masih belum bertemu jodoh dan calon yang sesuai, insyaALLAH akan ada yang terbaik buat anda. 

Penulis : Fatimah