Bila bercakap tentang “cari pasangan” atau “cari jodoh” ni pasti ramai yang mempunyai “taste” tersendiri, kan? Ada yang nak pasangan yang putih serta tinggi lampai, ada juga yang teringin nak pasangan yang lemah lembut. Tapi, ada juga sesetengah orang yang “taste” dia adalah  pasangan dari negeri yang tertentu. Contohnya, dari negeri-negeri utara tanah air. 

Macam mana kalau berkahwin dengan orang utara? Bahasa, loghat, adat resam serta budaya pasti berbeza di setiap negeri. 

Artikel kali ini akan menceritakan sedikit sebanyak mengenai orang utara. Untuk anda yang nak mencari jodoh orang utara atau sedang berkawan rapat dengan orang utara, wajib baca sampai habis! 

  1. Cakap kasar, tapi bukan marah

Kebanyakan orang utara, tidak kisah lelaki mahupun wanita memang  bercakap kasar sedikit. Memang bunyi dialek dan loghat mereka kedengaran  agak kasar. Ada jugak yang cakap main lepas je, ibarat tiada insurans! Tapi bukanlah bermakna mereka sedang marah tau!

  1. Jenis cakap kuat

Mereka ni juga memang sejenis yang cakap kuat-kuat. Macam speaker kereta tu. Kalau boleh cakap tu macam nak bagi 1 taman dengar. Tapi jangan risau, mereka tidaklah sampai tahap cakap kuat yang menengking anda. 

  1. Kuat makan

Bila bercakap soal makanan ni, mereka memang spesies yang kuat makan. Terutamanya bab nasi. Dalam seharian tu mana boleh makan takdak nasi, wajib kena ada nasi! Baru sempurna hidup depa!

  1. Kasar tapi romantik

Mungkin anda rasa orang-orang utara ni kasar. Tapi ketahuilah bahawa mereka pun romantik tau! Ada sisi romantik dia yang belum anda tengok. Tak percaya? Cari la pasangan atau cari la jodoh orang Utara :p

  1. Kelakar

Paling penting, di sebalik kata-kata kasar atau gurauan senda mereka ni ada sisi kelakar mereka yang tersendiri tau!

Tidak kisah dari negeri mana pun pasangan atau jodoh anda, moga bahagia sampai syurga. Ciri-ciri ni semua subjektif, tidak penting. Yang penting anda bahagia bersama yang tersayang!

Penulis : Fatimah