Perasan kan, mungkin kerap kali anda terbaca di media sosial atau terdengar tentang perbualan orang-orang sekeliling berkaitan dengan suami orang yang suka sangat menggatal. Sebenarnya, isu suami orang yang kerap menggatal ini bukan lah suatu isu yang baru. Sejak dulu lagi, isu ini menjadi bualan masyarakat. Bezanya pada zaman sekarang ini, kuasa viral lebih menguasai. Cepat sahaja berita sampai dari satu pihak kepada pihak lain.

Hairan bukan? Sudah berstatus suami orang dan juga sudah berkeluarga, tetapi masih juga menggatal dengan wanita lain di luar sana tanpa pengetahuan isteri. Sedih dan luluhnya hati seorang isteri apabila mendapat tahu tentang perbuatan suami diluar pengetahuan.

Artikel kali ini mengupaskan 5 alasan suami masih menggatal sedangkan sudah beristeri!


1. Nak test market.
Ya, jangan terkejut ya mendengar alasan ini. Lelaki begini kadang kalanya sekadar ingin menguji sama ada masih mendapat perhatian atau tidak dalam kalangan wanita.


2. Cabaran dari orang terdekat.
Tidak dinafikan, ego seorang lelaki akan rasa tercabar apabila kawan-kawan tempat kerja dan kawan lepak sendiri yang mencabar mereka untuk memikat wanita lain. Kemungkinan juga, tanpa sedar si isteri dan keluarga sendiri yang mencabar tindakan lelaki berbuat demikian.

3. Makan dan pakaian suami tidak terjaga.
Apabila suami merasakan makan dan pakaiannya mula tidak terjaga oleh isteri, mulalah si suami bertindak untuk mencari pengganti yang boleh menjaga makan, minum serta pakaiannya. Bermula dari sini, suami akan nampak orang lain boleh memenuhi keperluan yang lebih baik daripada si isteri.


4. Tabiat suka melayan.
Dari zaman muda sehingga sudah beristeri dan berkeluarga, masih tetap sama perangainya yang suka melayan wanita. Sikap suka bermesra boleh membuatkan gadis atau janda terpikat  dengan cara layanan yang diberikan.


5. Tidak bahagia dan nak isi kebosanan.
Alasan yang paling kerap diterima apabila suami menggatal, suami mula rasa tidak bahagia dengan isteri. Jalan mudahnya dengan cara mencari wanita lain bagi mengisi kebosanan yang melanda.



Apa jua alasan yang diberikan, matlamat tidak menghalalkan cara yang seorang suami lakukan. Semoga Allah memelihara rumah tangga yang dibina sehingga ke syurga!

Penulis : Afifah