Kadangkala bukannya tidak ada rasa untuk berkahwin, tetapi jodoh belum kunjung tiba. Tipu kalau tidak ada yang bertanya bilakah mahu menamatkan zaman bujang, kadang sampai rasa segan nak jumpa orang sekeliling dan saudara mara.

Umur kian meningkat. Emak dan ayah sudah dimamah usia. Kalau boleh nak juga bahagiakan mereka sementara masih ada waktu yang tersisa. Ya, Allah SWT telah menetapkan jodoh buat semua hamba-Nya. Jika tidak berjodoh di dunia pasti akan berjodoh di syurga. Walau bagaimanapun, usahakan sehabis baik dalam berikhtiar untuk mengikut sunnah Rasulullah SAW dalam berpasangan.


Boleh mulakan langkah dengan 5 perkara ini, semoga asbab daripada usaha yang dilakukan Allah memudahkan jalan-jalan yang dilalui untuk bertemu jodoh yang terbaik.

1. Minta bantuan orang terdekat.
Mungkin sebelum ini pernah diusahakan cara ini, apa salahnya mulakan sekali lagi dengan niat dan sangka baik kepada Allah. Minta bantuan daripada emak, ayah, adik-beradik, kawan, saudara-mara atau jiran untuk mencarikan calon pasangan yang baik buat anda. Mulakan salam perkenalan dahulu, bukannya terus setuju untuk berkahwin.

Kenal dahulu hati budi, latar belakar diri dan keluarganya sebelum bersetuju. Luaskan jaringan perkenalan anda bukan hanya setakat kenalan terdekat sahaja, boleh juga cuba daftarkan diri melalui Portal Jodoh Muslim Malaysia TillJannah.my. Dengar kata ramai yang bertemu jodoh di TillJannah.my. Daftar dahulu di www.tilljannah.my ya!

2. Sedekah di waktu subuh.
Jika belum pernah mencubanya, lakukan mulai hari ini dengan menyediakan satu tabungan untuk mempraktiskan sedekah di waktu subuh. Sertai sedekah dengan menyelitkan doa semoga dipermudahkan dalam urusan jodoh.


Daripada Abu Hurairah, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada satu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa, Ya ALLAH! Berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya), manakala malaikat satu lagi berdoa, Ya ALLAH! Berikan kepada orang yang menahan sedekah dan kedekut kemusnahan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

3. Berikan kucing jalanan makan.
Kadangkala diri sendiri tidak tahu dalam kebaikan yang mana yang Allah akan menggantikan dengan sesuatu yang sangat diharapkan. Semoga dengan cara ini Allah mempermudahkan segala urusan pencarian dan diberikan jodoh yang terbaik serta tepat.

Apa-apa pun, bersangka baiklah kepada Allah atas setiap perancangan-Nya yang lebih baik buat diri.

Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Semoga mendapat jodoh yang terbaik yang menjadi peneman di dunia dan akhirat. InsyaAllah. 

Penulis : Afifah