Selepas ijab dan qabul anda akan melangkah ke alam perkahwinan yang mana ianya tidak sama dengan alam semasa anda bujang. Di sini anda dan pasangan akan menempuhi alam perkahwinan terutama untuk tempoh yang paling sukar iaitu 5 tahun di awal perkahwinan.

Berikut adalah 4 cabaran yang akan dilalui di alam perkahwinan.

  1. Berkompromi

Untuk buat perkahwinan anda bahagia, anda dan pasangan perlu berkompromi. Kompromi atau lebih difahami sebagai bertolak ansur atau kata sepakat untuk mencapai persetujuan. Mungkin bagi anda tidak semua perkara boleh kompromi dengan pasangan tetapi percayalah ianya amat penting untuk buat hubungan anda dan pasangan lancar. Tetapi jika sebaliknya anda akan mula lihat keretakan dalam perhubungan.

  1. Bergaduh secara adil

Biasanya pergaduhan adalah untuk menangkan tindakan atau keputusan masing – masing. Untuk keharmonian rumah tangga, belajarlah untuk bergaduh secara adil iaitu menerima atau mendengar penjelasan pasangan. “Bergaduh” supaya pasangan anda faham pendapat anda dan tidak ulangi perkara yang sama kelak.

  1. Tiada usaha

Bila anda dan pasangan telah selesa antara satu sama lain, tiada perkara yang akan menyerikan perhubungan tersebut kerana tiada usaha lebih untuk mengeratkan hubungan dilakukan. Anda perlu menukar gaya hidup anda untuk mengelakkan hubungan anda gagal. Contoh yang boleh dilakukan adalah selalu keluar atau cuba aktiviti baru bersama pasangan.

  1. Mengutamakan hubungan

Utamakan hubungan dengan pasangan selain daripada fokuskan pada kerja dan keluarga. Utamakan perkara lain selain hubungan anda buat anda stress secara semula jadi sehingga hubungan suami isteri diabaikan. Sekiranya hubungan diabaikan, ia akan menjadi punca pasangan tawar hati dan berlakunya curang.

Penulis : Ima