Di awal perkahwinan dulu suami kerap bawa isteri keluar berjalan. Tapi selepas setahun dua, kekerapan itu makin lama makin kurang. Jom, para suami baca 4 rahsia jika bawa isteri keluar berjalan di bawah ini. Mungkin lepas ni anda tak terlepas untuk bawa isteri anda keluar berjalan.

- Isteri rasa bahagia
Walaupun hanya bawa isteri window shopping, itu dah cukup buat isteri gembira. Tak perlu modal yang besar untuk buat isteri anda tersenyum. Hilang segala beban dan stress isteri. Tak percaya? Cubalah.
- Hilangkan penat
Tugas sebagai isteri bukan mudah. Nak uruskan rumah tangga dengan anak – anak lagi ditambah jika isteri juga bekerja. Memang penat. Untuk suri rumah atau isteri yang work from home, sangat perlu untuk suami bawa isteri keluar walaupun hanya seminggu sekali. Cukup sekadar lihat pemandangan dan ambil angin luar.

- Itu satu rezeki
Jika anda rasa rezeki anda sempit, bawalah isteri anda keluar selalu. Semakin kerap anda bawa isteri keluar, semakin lancar dan luas rezeki anda. Jadi, para suami sekalian buatlah isteri anda gembira. Kerana ianya salah satu penyebab dipermudahkan rezeki.
- Sunnah nabi
Isteri gembira dan suami dapat pahala. Tak susah pun bukan.
Dalam hadis riwayat Bukhari menyatakan Anas bin Malik menceritakan bahawa ketika pulang dari perang Khaibar salah seorang isteri Rasulullah membonceng di belakangnya.
Malah apabila Baginda ingin keluar, Baginda akan mengundi siapa dari kalangan isteri-isterinya yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Bahkan, ada suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah RA tidak turut diundang bersama. (Hadis riwayat Muslim).
Dalam perkahwinan perlu ada give and take antara suami dan isteri, barulah perkahwinan tersebut bahagia dan semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun hanya bawa isteri keluar berjalan, itu dah memadai bagi mereka dan cukup buat mereka gembira. Bila suami berusaha membahagiakan isteri, isteri akan membahagiakan seisi rumah.
Penulis : Ima
