
Nusyuz adalah haram dan salah satu dosa besar. Seseorang isteri dikira nusyuz apabila dia ingkar atau menderhakai suaminya.
Suami perlu mengatasi masalah nusyuz ini melalui pendidikan, nasihat, pengasingan tempat tidur dan pukulan.
Jom lihat 3 perkara dibawah yang perlu para isteri elak dari jadi nusyuz.
- Keluar rumah tanpa keizinan suami
Setiap isteri perlu minta izin suami dahulu sebelum keluar rumah walaupun ingin menziarahi ibu bapanya atau anak jika tidak tinggal serumah. Tetapi di kecualikan jika isteri ingin keluar berjumpa hakim untuk menuntut hak daripada suami. Atau isteri yang keluar rumah mencari nafkah, jika suami tidak mampu memberi nafkah.
- Enggan mengikut suami berpindah
Selepas berkahwin, isteri perlu tinggal di rumah yang disediakan oleh suami. Isteri wajib tinggal di rumah tersebut melainkan rumah tersebut tidak sesuai untuk didiami mengikut syarak.
- Suka sakiti hati suami
Biasanya bila seorang isteri memegang jawatan yang tinggi daripada suaminya atau mempunyai keluarga yang berharta akan wujud sifat riak dan bangga diri. Suami dipandang rendah dan sukar untuk menerima nasihat. Sifat menjadi ketua di pejabat terbawa – bawa ke rumah dan akan buat ianya hilang sifat menghormati suami dan sekaligus membuatkan isteri tersebut menjadi isteri yang derhaka.
Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar. (Surah an-Nisaa ayat 34)
Penulis : Ima
