Setiap pasangan yang berkahwin pasti impikan pasangan yang sempurna dan yang menyenangkan hati. Hakikatnya tiada yang sempurna tapi kita saling perlukan satu sama lain untuk melengkapi diri masing – masing.

Untuk isteri, jom lihat sifat isteri yang akan menyenangkan hati suami.

  1. Segera datang bila dipanggil

Bila suami memanggil anda, anda perlu segera datang pada suami. Apa pun tengok pada keadaan juga. Jika anda sedang masak, anda boleh sahut  panggilan suami dahulu kemudian baru datang kepada suami. Ini bermakna anda taat dan utamakan suami anda. 

  1. Jangan berleter

Tak siapa pun suka orang berleter. Suami tak suka isteri berleter dan begitu juga 

isteri tak suka suami berleter. Cukup sekadar memberi nasihat yang perlu dan 

point – point yang ingin disampaikan. Orang lelaki tak faham bahasa kiasan ni, 

jadi para isteri sila straight to the point.

  1. Tingkatkan ilmu pengetahuan

Ilmu pengetahuan bukan sahaja untuk melihatkan tahap kepandaian seseorang itu. Ianya dapat membantu isteri bijak bertindak dan fasih berkata – kata semasa berbincang dengan suami. Sedikit sebanyak suami akan bangga dengan anda. 

  1. Tidak membantah

Suami cakap A, isteri cakap B. Ada sahaja yang tidak kena dan ada sahaja perkara yang nak isteri bantah. Suami tidak suka isteri yang suka membantah, walaupun tak sependapat. Terima dahulu pendapat suami, simpan dulu dan perlahan – lahan suarakan balik mengikut tempat dan keadaan.

  1. Sambut kepulangan suami 

Selepas seharian bekerja di luar, suami pulang ke rumah dengan keadaan penat. Isteri sambutlah kepulangan suami dengan senyuman, berikan segelas air. Jangan sambut dengan keadaan selekeh. Walaupun simple percayalah ia akan beri ketenangan pada suami.

  1. Tidak kuat merajuk

Jangan merajuk tak bertempat atau merajuk tanpa sebab dengan suami. Isteri yang merajuk ketika suami sedang ada masalah akan mengeruhkan lagi keadaan. Faham, anda merajuk sebab nak kan perhatian tapi kalau tak kena gaya, silap hari bulan pujuk tak dapat tapi makin hati plak.

Kebahagiaan rumah tangga bergantung pada peranan suami dan isteri. Bukan bergantung pada satu pihak sahaja. Suami dan isteri perlu berusaha untuk mengekalkan kerhamonian rumah tangga masing – masing. 

Penulis : Ima