Dari mata jatuh ke hati. Saat pertama kali mata memandang si dia, hati menjadi tidak keruan. Tertanya-tanya jika si dia akan menyambut atau menolak cinta yang akan disampaikan. Bagaimana untuk menarik perhatian dia? Apakah cara untuk dia sudi mendekati anda?

1. Kekalkan eye contact dan senyum.

Bila bertemu dengan si dia, pastikan anda mengekalkan eye contact (hubungan mata) dan senyum dengan si dia. Senyum dan eye contact adalah body language (bahasa badan) yang menunjukkan anda  berminat dan available untuk memulakan perhubungan. (via How to Make Someone Fall in Love With You in 90 Minutes or Less). Ini adalah satu kaedah yang universal yang menunjukkan anda minat dengan dia secara romantik. (via The Mating Game: A Primer on Love, Sex, and Marriage).

2. Jadi diri sendiri.

Dia suka anda dengan apa yang anda tampilkan.  Tunjukkan skil atau personaliti anda yang caring, pemurah untuk menarik perhatian dia. Jika ada habit atau kelakuan yang kurang baik, anda bersedia dan sanggup untuk berubah ke arah yang lebih baik.

3. Sentiasa bersama dia.

Hadirkan diri anda bila bersama dia. Berikan perhatian ketika dia sedang berkongsi cerita atau meluahkan perasaan. Hadirkan tawa yang ikhlas sekiranya dia berjenaka. Membantu dia dengan kemahiran yang ada. Meluangkan masa untuk melakukan aktiviti bersama. Menunjukkan minat pada hobi dan minat dia. Memberi perhatian kepada kesamaan dan menghormati perbezaan antara dia dan anda. 

4. Sopan dengan orang sekeliling dia.

Bersopan dan hormat dengan  ahli keluarga atau rakan-rakan dia, baik di depan dan belakang dia.

Janganlah mengumpat keluarga atau rakannya dengan dia. Jangan mengadu domba dia dan keluarga atau kawan dia sehingga silaturrahim terjejas.

5. Beri signal kepada dia.

Kekalkan eye contact dan ekspresi muka yang gembira semasa berbual. Ini menunjukkan anda seorang yang sedia memberikan perhatian kepada dia dan dalam mood yang baik untuk berbual.

Cara lainnya, gunakan open body language. Pastikan tangan anda tidak bersilang di dada. Mata memandang ke depan atau ke arah si dia. Anda mudah didekati oleh si dia berbanding sekiranya anda menunduk ke bawah dan bersilang tangan di dada.

Jika anda seorang yang berani, terus sahaja beritahu dia yang awak suka dia. Dan bersedia untuk berkenalan dengan lebih dalam.

Diharapkan 5 cara ini mempercepatkan si dia mendekati anda dan boleh memulakan perkenalan yang lebih mendalam. Manusia diciptakan tidak boleh membaca fikiran orang lain. Usahalah untuk si dia menyedari kehadiran anda. Dan luahkan apa yang tersembunyi hati anda.

Penulis : Farah