Sebelum ingin membina sebuah ikatan dengan pasangan anda, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu tentang pasangan anda. Perkara ini akan membantu anda mengenali pasangan dan tahu lebih mendalam tentang pasangan sebelum berkahwin.
Jom semak 5 perkara yang perlu anda tahu sebelum berkahwin.

- Latar belakang pasangan
Perlu untuk anda tahu latar belakang pasangan terlebih dahulu. Kenali siapa pasangan anda dan ahli keluarga beliau, adakah beliau mempunyai anak untuk hubungan sebelum ini. Dan perkara lain yang melibatkan pasangan. Percayalah perkara ini akan mempengaruhi hubungan anda nanti.
- Pegangan agama
Untuk yang beragama islam, amat dituntut untuk memilih pasangan daripada yang beragama.
“ Seorang wania itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama. Nescaya kamu bahagia. ”
(Hadis Bukhari dan Muslim).
- Tahap kesihatan
Setiap pasangan perlu jujur dengan tahap kesihatan masing – masing. Jika anda atau pasangan mempunyai penyakit, perlu diberitahu supaya anda dapat terima siapa pasangan sebelum dan selepas berkahwin.
- Plan jangka panjang
Sebelum ke arah perkahwinan, perbincangan antara anda dan pasangan tentang rancangan masa akan datang perlu diambil kira. Contoh di mana nak tinggal selepas berkahwin? Adakah pasangan bersetuju jika anda tidak mahu beliau bekerja selepas berkahwin? Semua ini mempengaruhi keputusan anda kelak.
- Status kewangan
Berapa pinjaman dan apa komitmen pasangan sebelum kahwin penting untuk
anda sedia maklum. Selepas berkahwin nanti, jika pasangan tidak bekerja atau
menghadapi masalah kewangan, sedikit sebanyak anda juga akan terlibat.
Penulis : Ima
