Alangkah baiknya jika menemui lelaki yang boleh dijadikan ketua keluarga. Nakhoda kepada isteri dan anak-anak dalam melayari bahtera perkahwinan. Kenali ciri-ciri lelaki yang tidak sesuai dijadikan calon suami.

1. Lelaki yang boring.
Dalam tempoh perhubungan (sama ada berkenalan rapat atau tunang) tiada gurau senda, tiada aktiviti yang romantik, tiada kejutan dari pihak lelaki. Hambar.
Tiada inisiatif untuk memberikan hadiah seperti chocolate, bunga atau pakaian.
2. Lelaki yang pemalas.
Terutama bahagian kewangan. Contoh dibuang kerja atau perniagaan tidak berjaya. Wanita sudi untuk memberikan tempoh masa untuk lelaki berusaha mencari kerja lain. Tidaklah sampai dua atau tiga tahun masih tidak bekerja. Malah, melakukan part-time gig pun tak mahu. Memalukan sekiranya seorang lelaki (cukup sifat dan kudrat) disuap oleh isteri.
3. Lelaki yang anak emak.
Bukan bererti nak lelaki yang durhaka kepada mak ayah. Setiap keputusan nak tanya mak. Mak yang control, ‘nak makan apa’ dan ‘pakai baju apa’. Belum cerita tentang kewangan. Semua emak yang buat keputusan. Boleh minta pandangan, tapi pilihan terakhir masih terletak pada diri lelaki itu sendiri. Bukan mak dia.
Jika masih di-control oleh mak, macam mana lelaki tu nak control dalam keputusan keluarga sendiri.
4. Lelaki yang pesimistik.
Mudah berputus harap dan cenderung melihat keburukan sekiranya berlaku ujian. Lelaki hakikatnya adalah ketua keluarga. Menjadi tunjang tempat keluarga bergantung. Pemberi harapan sekiranya musibah berlaku. Pemberi semangat mengharungi cabaran bersama-sama.
5. Lelaki yang insecure.
Tidak yakin (insecure) iaitu kurang kepercayaan pada pasangan. Selalu meragui yang pasangan curang. Jika keluar bersama kawan (walaupun wanita sahaja) pun marah-marah, suruh balik rumah. Marah bila bermesej dengan orang lain, walaupun ia satu keperluan. Itulah, antara elemen perhubungan yang stabil dan bahagia adalah kepercayaan.
6. Lelaki yang curang.
Dia selalu berahsia dan berdalih. Tidak jujur dengan bertemu dengan wanita lain dibelakang atau menyertai dating websites sebagai contoh.
Dia cuba menyalahkan pasangan seperti “Awak terlalu sibuk”. Lalu mencari wanita lain, dengan alasan sekadar mencari teman. Bukan serius.
7. Lelaki yang misoginis.
Seorang lelaki yang prejudis pada wanita. Selalu komen penampilan diri wanita. Merasakan wanita perlu kurus, putih, bermekap sepanjang masa supaya kelihatan sedap memandang. Wanita yang tidak bermekap, gemuk adalah pemalas.
Berlawak tetapi merendah-rendahkan wanita. Merasakan tidak selesa sekiranya wanita lebih bekerjaya, lebih kaya. Masih ada stigma bahawa wanita tempatnya di dapur. Semua kerja rumah perlu dilakukan oleh wanita.
Penulis : Farah
