Isi hati siapa yang tahu. Kekadang boleh dibaca atau diteka. Hakikatnya, apa yang wanita anggap mungkin berbeza dengan apa yang lelaki rasa. Begitu juga sebaliknya.

Berikut adalah isi hati lelaki yang perlu wanita tahu sebelum berkahwin agar perjalanan rumah tangga nanti lebih bahagia.

1. Cara dia menyampaikan cinta mungkin berbeza dengan wanita.

Mungkin dia bukan seorang yang romantik, bukan seorang yang sentiasa menyairkan cinta.

Selalu hadir di sisi, menyediakan bahu dan telinga untuk mendengar adalah cara dia menonjolkan cinta.

2. Lepak dengan kawan bukan bermaksud berbual.

Kebiasaannya, jika ditanya apa yang dibincangkan selepas balik dari bertemu kawan, lelaki akan cakap lepak je. Lepak bagi lelaki ni tak semestinya memerlukan komunikasi bahasa. Duduk bersama, main game atau melakukan minat yang sama tanpa bicara atau satu bonding bersama rakan mereka.

3. Lelaki pun suka perhiasan diri.

Kalau perempuan suka mengumpul kasut, handbags atau tudung. Begitu juga lelaki. Mungkin minatnya pada aksesori seperti kasut, jam dan sebagainya mereka suka kumpul. Aesthetic mungkin berbeza dengan wanita. Tapi mereka juga manusia yang sukakan kecantikan.

4. Lelaki juga berdebar.

Seorang lelaki sering ditampilkan sebagai seorang yang berkeyakinan. Berani menempuh apa sahaja. Hakikatnya, mereka juga merasa nervous  dan takut. Kekadang tak tahu nak cakap apa masa dating, tak tahu nak berbual apa dengan bakal ayah mentua. Tidak kira lelaki dan wanita, keberanian dan keyakinan bukan lahir-lahir dah ada, tapi dipupuk sepanjang masa.

5. Lelaki juga insecure tentang badan.

Mereka juga menginginkan perut yang mempunyai 6 ketul. Makan memang selera, tapi komen juga perut membuncit. 

6. Fahaman tentang kebersihan mungkin berbeza wanita.

Baju yang dah dipakai sekali, belum busuk mungkin dianggap masih bersih. Ada titisan kuah kari di baju, masih dikira bersih dan boleh dipakai. Tidak perlu ditukar.

7. Menolong dia dalam sesuatu urusan mungkin boleh menyinggung perasaan.

Lelaki mahu kepuasan menyelesaikan sesuatu masalah contoh membaiki lampu atau memulakan sebarang projek seperti membina almari. Mereka tak kisah lambat, asalkan boleh dilakukan sendiri. Jika dia minta tolong, baru boleh tolong ya.

Apa-apa pun, mudah jika tanya terus apa isi hati dia. 

Penulis : Farah