Dalam perhubungan suami isteri, ada perkara yang boleh dikongsi dengan orang lain dan ada perkara yang tidak boleh dikongsi termasuk dengan keluarga sendiri. Hal ini kerana dalam perkahwinan, suami dan isteri bertanggungjawab untuk menjaga aib dan maruah masing – masing.

Berikut dikongsikan 5 rahsia suami yang isteri perlu simpan.
- Kisah dalam kain suami isteri
Apapun yang terjadi dalam kisah rumah tangga, janganlah diceritakan pada orang lain. Ia seharusnya dirahsiakan. Jika ada masalah dengan suami, isteri boleh luahkan atau bincang dengan suami sahaja.
- Fobia suami
Mungkin bagi isteri ianya perkara biasa untuk dikongsikan dengan orang lain apa kelemahan atau ketakutan suami. Hakikatnya ianya akan memalukan suami dan menunjukkan kelemahan suami.
- Bab gaji suami
Gaji suami salah satu perkara yang perlu dirahsiakan kerana ianya melambangkan status suami tersebut dari dibandingkan dengan orang lain. Bersyukur jika suami bergaji tinggi dan jangan mengeluh atau memandang rendah jika pendapatan suami rendah. Asalkan segala keperluan isteri telah disediakan oleh suami.

- Suami tidak pandai bertukang
Mesti ada yang hairan jika perkara ini pun perlu dirahsiakan. Ini kerana suami sensitif jika orang menggelarkan dia tidak pandai bertukang. Kerana boleh bertukang adalah lambang kelakian sebenar.
- Jangan cerita hal buruk suami pada keluarga
Jangan ceritakan keburukan suami pada keluarga anda atau pada keluarga suami. Ini akan membuka aib suami dan akan menjatuhkan maruah suami di hadapan keluarga anda atau keluarga suami. Jika ada masalah, selesaikan sesama sendiri dan jika ianya melibatkan keganasan atau penganiayaan bolehlah adukan pada pihak yang berwajib.
Penulis : Ima
