Dalam perkahwinan dan dalam satu perhubungan, ungkapan cinta antara pasangan sangat penting. Ia membantu untuk keharmonian perhubungan tersebut. Siapa yang tidak impikan perkahwinan itu kekal hingga ke jannah. Untuk menguatkan lagi ikatan yang terbina, jom ikut tips berikut.

- Perhatian
Perhatian yang diberikan ketika pasangan lakukan sesuatu dan mendapat bantuan tanpa disuruh itu menunjukkan yang pasangan anda ikhlas menyayangi anda.
- Hadiah
Tidak perlu tunggu tarikh istimewa baru nak berikan hadiah, hari – hari biasa juga boleh. Ini menunjukkan yang anda sentiasa mengingati dan menghargai pasangan anda.

- Kata – kata – luahkan
Meluahkan kata – kata sayang dan cinta pada pasangan adalah sesuatu yang simple tetapi besar pengertiannya pada pasangan. Ini sahaja cukup buatkan pasangan anda gembira.
- Pendengar setia
Jadi pendengar untuk setiap apa yang diluahkan atau dikongsikan oleh pasangan anda. Dan beri respon untuk bila ditanya. Pasangan anda akan rasa anda selalu ada bersamanya di waktu susah dan senang.
- Luangkan masa bersama
Tinggal serumah tapi buat hal masing – masing. Itu yang akan buat hubungan renggang. Bila ada masa bersama, sebaiknya manfaatkan sebaik mungkin contoh menonton movie dan berjalan bersama pasangan.
Ungkapan cinta bukan sahaja perlu diluahkan melalui kata – kata. Daripada perbuatan dan tingkah laku kita juga dapat menggambarkan rasa cinta kita pada pasangan. Hargailah mereka yang berada disamping kita dikala susah mahupun senang. Ambil hati pasangan dan bahagiakan mereka selagi boleh.
Penulis : Ima
