Pasti ramai dekat sini yang suka pakai minyak wangi, kan? Tapi, tahukah anda bahawa minyak wangi ni sebenarnya ada banyak jenis. Perfume juga salah satu jenis minyak wangi. Ada 5 jenis minyak wangi yang perlu anda ketahui. Penting untuk anda tahu jenis-jenis minyak wangi sebelum anda membuat keputusan untuk membelinya.
Kenapa penting untuk anda tahu jenis-jenis minyak wangi? Sebab, setiap minyak wangi mempunyai kepekatan, kesesuaian bahkan ketahanan bau yang berbeza-beza. Macam mana anda nak tahu kepekatan atau minyak wangi itu sesuai atau tidak?

Formula utamanya adalah semakin tinggi kandungan minyak wangi, maka kandungan alkohol dalam minyak wangi tersebut juga makin berkurang. Apabila kandungan alkohol berkurang, maka kandungan atau ramuan minyak wangi asli atau lebih kerap disebut pati minyak wangi asli adalah tinggi.
Sebelum beli, pastikan anda check dulu jenis minyak wangi yang anda nak beli. Serta, pastikan anda check kandungan minyak wangi anda. Jom kita semak 5 jenis minyak wangi tersebut:-
PERFUME
Bagi yang tak tahu, mesti akan menganggap semua perfume adalah perfume. Asal bau wangi je mesti akan anggap itu adalah perfume. Perfume memang terkenal, kerana kepekatannya yang tinggi iaitu antara 20% sehingga 30%.Walaupun harga perfume agak tinggi, namun sangat berbaloi. Ini adalah kerana ketahanan bau tersebut yang boleh mencapai sehingga 12 jam. Dengan sedikit semburan sahaja, pasti akan meninggalkan bau yang kuat dan tahan lama.
Siapa yang sesuai untuk pakai perfume? Perfume sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif. Ini kerana kandungan alkohol nya yang lebih rendah berbanding minyak wangi yang lain.
EAU DE PARFUM (EDP)
Berbeza dengan “perfume”, kepekatan Eau De Parfum atau nama singkatnya EDP adalah sekitar 15% sehingga 20%. Bau wangian dari EDP juga tidak kalah hebat dengan perfume. Wangian EDP mampu bertahan sehingga 8-12 jam.
Eau De Parfum atau EDP sering digunakan oleh orang ramai untuk menghadiri majlis dan sebarang acara. Selain daripada sebarang majlis, ramai juga yang menggunakan EDP semasa keluar “dating” kerana baunya yang kuat, unik dan tahan lama.
EDP boleh disemburkan pada pakaian dan juga pada rambut. Namun, anda perlu berhati-hati jika anda memakai pakaian fabrik halus. Ini kerana risau jika meninggalkan warna minyak wangi EDP tersebut.
EAU DE TOILETTE (EDT)
Berbeza dengan “EDP”, kepekatan Eau De Toilette atau nama singkatnya EDT adalah sekitar 5% sehingga 15%. Kadar alkohol dalam EDT juga sederhana tinggi berbanding minyak wangi yang lain. Bau wangian dari EDT juga mampu sekadar 4-8 jam.
Jika nak dibandingkan dengan EDP, wangian jenis EDT lebih lembut, segar serta lebih murah.
Eau De Toilette (EDT) sesuai dijadikan wangian harian anda. Bukan setakat itu, jika anda ke negara atau tinggal di negara “musim panas” wangian EDT sangat sesuai untuk anda.
EAU DE COLOGNE (EDC)
Eau De Cologne atau EDC mempunyai kadar alkohol yang tinggi. Kadar kepekatannya pula, adalah sekitar 2%-5%. Bau wangian EDC adalah sangat segar dan ringan. Namun begitu, wangian EDC hanya mampu bertahan sekitar 2 jam sahaja.
Kebiasaannya, wangian EDC dijual dalam botol pewangi yang bersaiz besar. Ini kerana, memandangkan para pembeli perlu menyemburkan dalam kuantiti yang banyak bagi mendapatkan bau yang wangi dan kuat. Harga EDC pula sangat berbaloi dan murah berbanding wangian yang lain.
EAU DE FRAICHE (EDF)
Eau De Fraiche (EDF) adalah jenis minyak wangi yang terakhir. EDF mempunyai kepekatan paling rendan diantara semua jenis minyak wangi, iaitu sekadar 1% hingga 3% sahaja, Kepekatan itu juga hasil campuran pewangi + air. Oleh sebab itu, baunya ringan dan dijual dengan harga yang murah.
Jika anda mempunyai kulit yang sensitif, jenis minyak wangi EDF ini sangat sesuai untuk anda. Ini kerana, minyak wangi ini tidak mempunyai sebarang jenis kandungan alkohol.
Jika anda juga tidak menyukai bau-bauan yang menonjol, anda boleh mencuba jenis wangian ini.
Sekarang dah tau kan, jenis-jenis wangian yang ada? Senanglah anda nak buat keputusan untuk beli minyak wangi jenis yang mana satu.
Rujukan:-
Penulis : Fat
