Setiap wanita pasti mahukan seorang lelaki yang terbaik untuk dijadikan suami. Ini sepuluh ciri lelaki yang pasti akan menjadi seorang suami yang hebat. InsyaAllah.

1. Menjaga agamanya.

Tujuan perkahwinan adalah untuk menyempurnakan agama. Dan menemui seorang lelaki yang menjaga agamanya amat penting kerana lelaki bertanggungjawab sebagai ketua keluarga. Paling kurang adalah cukup solat 5 waktu. Dan bonus jika rajin sembahyang berjemaah di surau atau masjid.

2. Mempunyai akhlak yang baik.

Berakhlak yang baik dari segi pemikiran, perbuatan dan percakapannya. 

3. Sukakan kanak-kanak.

Pandai melayan anak-anak kecil. Iyalah, antara tujuan perkahwinan adalah untuk melahirkan zuriat.

4. Bertanggungjawab.

Dia seorang yang menunaikan tanggungjawab dengan baik. Tahu priority dia. Bijak merancang tugasan atau kewangan agar tanggungjawab terlaksana.

5.  Menunjukkan kasih sayang.

Jika dia bukan seorang yang romantis, mungkin cara dia menunjukkan sayang bila dia memberikan perhatian kepada details dalam hidup pasangannya. Seperti warna atau makanan kegemaran. Dia suka memuji kerana tahu pasangannya gembira bila mendapat pujian.

6. Pandai berkomunikasi dengan pasangan.

Dia seorang lelaki yang menjaga perasaan atau pandai memujuk. Dia meluangkan masa dan perhatian untuk mendengar apa pasangannya ingin sampaikan. Dia cuba memahami viewpoint pasangannya terlebih dahulu sebelum menghukum (judge).

7. Pemikiran yang matang.

Tahu priority dia jika dia seorang ketua keluarga. Matang dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah atau tugasan.

8. Menghormati wanita.

Dia memandang wanita sebagai seorang yang equal. Dalam perhubungan yang bahagia dan stabil, lelaki akan mempertimbangkan pandangan pasangannya dalam membuat keputusan. Dia juga menilai bahawa tugasan kerja rumah seperti mengemas rumah, memasak dan sebagainya adalah tanggungjawab bersama, bukan pihak wanita semata-mata.

9. Loyal.

Walaupun dunia ini tidak kurang dengan wanita-wanita yang cantik, sebagai seorang suami yang ideal tahu bahawa dia hanya memerlukan seorang wanita dalam hidupnya.

10. Bila rasa yakin dan selamat bila bersama.

Sense of security. Berasa yakin dia sentiasa bersama. Sebagai penyokong dan pelindung di kala cabaran kehidupan melanda. Dia sudi berkongsi maklumat peribadi (secara berkala). Berinteraksi secara intimasi bilamana wanita (pasangan) selesa, bukan memaksa. Wanita secara umumnya bersifat lemah lembut dan inginkan perlindungan.

Terdapat banyak lagi tanda-tanda pada seorang lelaki yang menjadikan dia seorang suami yang hebat. Jika jumpa janganlah lepaskan.

Penulis : Farah