Orang lelaki biasanya tidak tahu cara untuk luahkan perasaan melalui kata – kata dan dari segi perbuatan. Dalam perkahwinan perlu ada romantik untuk mengeratkan lagi kasih sayang antara suami isteri.

Untuk anda yang masih tidak tahu atau ingin belajar cara romantik gaya Rasulullah saw buat isteri. Jom ikut tip dibawah.

  1. Memanggil dengan panggilan romantik

Berikan gelaran yang baik dan sedap didengar pada pasangan anda. Contoh, 

Rasulullah memanggil Sayyidah Aisyah dengan panggilan “Humaira” yang 

bermaksud putih kemerah – merahan.

  1. Membantu kerja rumah tangga

Membantu isteri buat kerja rumah juga adalah salah satu cara “romantik” suami 

disamping untuk menunjukkan rasa kasih sayang dan cinta pada pasangan. Isteri akan rasa lebih dihargai.

  1. Memberikan hadiah pada isteri

Suami boleh beri hadiah sebagai tanda penghargaan pada isteri. Bukan hanya 

beri hadiah pada ulangtahun kelahiran atau ulangtahun perkahwinan sahaja. 

Hari biasa pun tak menjadi kesalahan. 

  1. Menjaga isteri yang sedang sakit

Susah senang bersama. Di kala isteri dalam kesusahan atau kesakitan, suami perlu main peranan dalam menjaga dan memberi layanan yang baik pada isteri sehingga isteri sembuh. Berikan perhatian yang penuh pada isteri.

  1. Menyuapkan isteri makan

Makan bersuap antara suami isteri boleh diamalkan. Kebanyakan dari kita tidak 

praktikkan perkara ini kerana beranggapan ianya sesuatu yang remeh dan malu.  Sesuatu yang remeh itu yang membawa maksud yang tersirat.

  1. Membawa isteri keluar

Bila ada kelapangan suami boleh bawa isteri keluar menikmati pemandangan itu 

dah cukup buat isteri tersenyum. Suami juga boleh bawa isteri  makan luar 

sekali sekali atau makan di kedai kegemaran isteri. 

  1. Memperhatikan isteri / menyantuni isteri

Pandanglah isteri dengan pandang cinta dan penuh kasih sayang. Bercakap 

dengan isteri dengan sopan dan berikan tumpuan saat isteri berbicara dan respon setiap pertanyaan isteri.

Untuk suami menjadi romantik pada isteri tidak hanya perlu menggunakan wang ringgit. Tetapi hanya perlu rasa kasih sayang dan cinta pada isteri. Hargai isteri dan suami perlu turunkan ego untuk mendapat sebuah keluarga yang bahagia.

Penulis : Ima