Bila ada yang tanya kenapa anda tidak berkahwin lagi, anda akan menyatakan bahawa tidak sampai seru lagi. Sedarkah anda bahawa anda perlu berkahwin jika anda rasakan 4 perkara wajib kahwin dibawah ini. Jom semak.

- Sunyi
Anda rasa kesunyian walaupun anda dikelilingi ramai orang. Itu adalah tanda pertama bahawa sudah sampai masa untuk anda berkahwin. Apabila didatangi rasa sunyi, perkahwinan diwajibkan bagi mencegah kejadian atau penyakit yang lebih teruk.
- Hilang fokus
Hilang fokus disebabkan kerap fikirkan pasangan atau masa depan yang tidak pasti akan buat anda mudah hilang tumpuan dan prestasi kerja merosot. Ia berpunca dari faktor psikologi serta perasaan tidak stabil yang disebabkan oleh kesunyian dan kurang belaian kasih sayang. Jawapan untuk masalah ini ialah dengan berkahwin.

- Cemburu
Anda rasa cemburu bila melihat kebahagiaan pasangan lain terutama orang sekeliling yang mempunyai pasangan. Ini bermaksud perkahwinan itu perlu disegerakan. Perkahwinan itu sesuatu yang indah dan wajar untuk anda rasa cemburu.
- Desakan hawa nafsu
Hal ini terjadi jika anda terdedah kepada lawan jantina dan anda rasa tergoda atau teruja sama ada ada di awal usia remaja atau golongan dewasa yang mempunyai desakan ini. Hal ini disebabkan banyak faktor dan perlu diambil berat. Desakan tersebut dapat dilangsaikan menurut tatacara islam.
“Sesungguhnya seorang wanita menghadap dengan bentuk syaitan dan mundur dengan bentuk syaitan juga. Jika ada di antara kalian melihat seorang wanita, lalu berasa ghairah, maka datangilah isterinya (salurkan kepadanya). Sebab hal itu dapat menolak penyakit yang ada dalam hatinya.”
(Hadith riwayat Imam Muslim, Abu Daud, al-Baihaqi dan Ahmad)
Penulis : Ima
