Dalam perhubungan, dua-dua pihak perlu menghargai dan menghormati perasaan dan keperluan pasangan. Ini termasuklah bertimbang rasa tentang hasrat, cita-cita, pandangan dan tingkah laku pasangan. Mesti ada batasan dan sebab seorang wanita tidak bertolak ansur bilamana lelaki hilang rasa hormat ke atas wanita. 

1. Kesejahteraan dan keselamatan diri.

Sebab pertama seorang wanita tidak boleh beri muka adalah untuk melindungi kebahagiaan dan keselamatan diri. Jika kita membenarkan si dia tidak menghormati kita seperti memaki hamun kita, memukul kita. Lama-kelamaan dia hilang perasaan hormat kepada kita dan berkemungkinan melayan kita dengan lebih buruk.

2. Berada dalam perhubungan toksik.

Adakah dia sering membuatkan kita rasa tidak disayangi? Adakah sering menunggu dan mengharapkan respond cinta si dia? Inginkan perhubungan yang harmoni, namun terasa cinta berat sebelah. Emosi mudah dipengaruhi oleh pasangan lelaki. Ini adalah tanda toxic relationship. Mungkin perlu pertimbangkan perhubungan ini.

3. Nilai diri.

Jangan memberi alasan kepada pasangan lelaki yang tingkah lakunya tidak menghormati kita sebagai wanita. Jika dia berani curang dengan alasan kesunyian, jangan menyalahkan diri sendiri kerana kita sibuk bekerja. Hargai dan hormatilah nilai diri kita sebagai wanita.

4. Fokus kepada Ilahi dan perkara yang menghargai anda.

Kenapa perlu menyiksa diri menerima layanan lelaki yang tidak menghormati kita? Alih perhatian kepada perkara-perkara yang membawa tenaga positif dalam hidup. Mendalami ilmu agama, mencari hobi atau meluangkan masa bersama keluarga dan sahabat yang respect anda.

5. Kumbang bukan seekor.

Muhasabah diri dan memeriksa perhubungan sekarang. Pastikan jelas bagaimana diri anda perlu dilayan oleh pasangan. Dan bersedia jika perhubungan itu perlu diputuskan. Masih ada lagi lelaki luar sana yang akan menghargai dan menghormati anda. Boleh cuba mencari di www.TillJannah.my .

Jika si dia sudi berubah untuk lebih menghargai anda, mungkin perhubungan tersebut masih boleh diselamatkan.

Penulis : Farah