Segelintir wanita menganggap para lelaki akan memandang rupa yang menawan untuk dijadikan sebagai calon isteri. Mungkin ada segelintir seperti itu, namun tidak semua akan jadikan rupa paras sebagai pilihan utama dalam pemilihan calon isteri. Lelaki yang matang akan memerhati dan menilai bakal pasangannya berdasarkan agama, akhlak dan sikap seseorang. Wanita solehah biasanya menjadi dambaan lelaki dalam membina rumah tangga. Hal ini sepertimana sabda Nabi SAW:
فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ
Maksudnya: “Pilihlah perempuan yang beragama nescaya beruntunglah kamu.”
Riwayat al-Bukhari (4802) dan Muslim (1466)

Berikut adalah 10 jenis wanita yang membuatkan lelaki kurang selesa untuk dijadikan isteri:-
- Kaki menipu.
Wanita yang menjadikan sikap menipu itu sebagai makanan hariannya. Wanita ini apabila dijadikan sebagai calon isteri, berkemungkinan boleh membuatkan hubungannya akan semakin hambar di atas sebab kepercayaan antara satu sama lain semakin longgar.
- Kuat membawang.
Kuat membawang atau dimaksudkan dengan kuat mengumpat atau suka menceritakan tentang hal-hal orang lain. Sifat ini biasanya terkenal pada kaum wanita. Mulut bising yang tidak mendatangkan apa-apa manfaat dan hasil dalam sesuatu pekerjaan yang dibuatnya.
- Kuat merungut.
Kuat merungut dan tidak pernah bersyukur atas pemberian yang diberikan oleh suami. Sifat ini akan membuatkan rumahtangga tidak mendapat rahmat. Jika tidak bersyukur maka kita akan menjadi kufur nikmat. Seperti yang telah tercatit di dalam Al-Quran:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahkan nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”. (Surah Ibrahim : ayat 7)
- Kuat mengungkit-ungkit.
Wanita yang suka mengungkit segala kebaikan suaminya dengan bertujuan untuk menafikan segala jasa serta membangga diri bahawa dirinya sentiasa lebih terbaik daripada suaminya.
- Suka berhias berlebihan di luar rumah.
Agama Islam tidak melarang untuk kita berhias kerana Islam sendiri menyukai kecantikan. Akan tetapi berpada-padalah dalam berhias agar tidak menimbulkan sebarang fitnah. Jika hendak berhias berlebih-lebihan, berhiaslah di hadapan mata suami sahaja.
- Suka membeza-bezakan suami sendiri dengan orang lain.
Sikap suka membeza-bezakan suami sendiri dengan orang lain, sama seperti tidak bersyukur dengan apa yang telah ditakdirkan untuknya. Sikap ini boleh membuatkan hubungan rumah tangga akan menjadi retak.
- Boros dan kuat berbelanja.
Wanita yang boros berbelanja mengikut hawa nafsu tanpa mengikut dasar kemampuan suaminya merupakan sifat yang tidak sepatutnya dilakukan. Berbelanjalah mengikut kemampuan si suami dan jadilah seorang isteri yang sentiasa menyenangi hati si suami. Walaupun suami itu orang kaya berharta, sikap boros itu perlulah dielakkan.
- Pisau cukur.
Mengikis harta atau dikenali sebagai “pisau cukur” adalah perkara yang tidak sedap untuk didengari. Seorang wanita yang ingin berhubungan dengan lelaki yang berharta semata-mata untuk mengikis harta perlulah dielakkan untuk meneruskan perhubungan tersebut agar ianya tidak akan berlarutan sehingga sah menjadi suami isteri.
- Kuat membebel perkara yang tidak sepatutnya.
Kuat berleter dengan perkara-perkara yang tiada manfaat membuatkan seorang lelaki akan turn off untuk jadikan wanita itu sebagai pasangannya. Dia merasakan diri dia sahaja yang betul dengan mengeluarkan perkataan yang mengguris hati tanpa memikirkan perasaan orang sekeliling.
- Suka mengarah ala-ala “lady boss”.
Sifat suka mengarah membuatkan seorang lelaki akan menjadi tawar hati. Maruah dan harga diri seorang lelaki akan jatuh sekiranya dikawal oleh seorang wanita. Jadi, jika ingin hubungan kekal hingga jinjang pelamin, hendaklah kawal diri anda dari melakukan perkara tersebut.
Penulis : Ayunni
