Kewujudan isteri di sisi suami bukan hanya untuk memenuhi keperluan batin dan fizikal intimasi, malah lebih dari itu. Berikut adalah beberapa rahsia kehadiran isteri adalah hadiah istimewa untuk suami.

1. Menjadikan seorang lelaki lebih pemurah.
Hadirnya seorang wanita di sisi lelaki, membangkitkan sifat ambil berat dalam diri. Dia lebih berlemah lembut, bersimpati dan lebih bertoleransi dengan orang sekeliling.
2. Membangkitkan rasa empati.
Empati adalah daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain. Disebabkan sayang dan cinta pada isteri, suami pasti akan cuba untuk memahami perasaan isteri agar perhubungan lebih harmoni.
3. Isteri memberikan inspirasi.
Wanita secara semulajadinya sentiasa memberi inspirasi kepada orang sekelilingnya. Seorang isteri mampu membisik hati suami untuk melakukan sesuatu dalam perkara harian. Dan dia mampu memberikan ilham untuk lebih maju dan berjaya dalam hidup.
4. Tempat mengadu.
Secara purata, lelaki tidak boleh mengawal emotional breakdown kerana ego. Adakalanya, benteng diri tidak dapat menghalang unsur negatif (stress, kritikan dan sebagainya) dalam hidup. Hadirnya isteri mampu memberikan penawar dan ketenangan.
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda
bagi kaum yang berfikir.” (Surah ar-Rum, ayat 21)
5. Lebih sihat dari orang single.
Banyak kajian bahawa pasangan suami isteri yang bahagia dan stabil mempunyai fungsi imunisasi yang lebih kuat. Si suami juga cenderung untuk mengubah lifestyle yang lebih sihat seperti berhenti merokok.
Yang masih single dan mencari-cari pasangan, boleh daftar di TillJannah.my.
Seringkali ungkapan ini didengari. Behind every great man stands a great woman.
“Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan
cara yang baik.” (Surah An-Nisa: 19)
Penulis : Farah
