Hawa nafsu merupakan satu anugerah dari tuhan kepada hambanya. Ianya merupakan satu nikmat untuk hambaNya menggunakan dengan sebaiknya. Persoalannya adakah kita sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran dapat menggunakan dengan sebaiknya atau sebaliknya? Allah sengaja hiaskan dunia ini dengan perkara-perkara yang disukai hawa nafsu untuk dijadikan sebagai ujian kepada kita menuju ke syurga.

Kita juga akan diuji ketika kita dilamun cinta. Lumrah manusia untuk mendapat rasa kasih dan sayang sesama manusia, tetapi bagaimana untuk kita gunakannya dengan secara halal dan mendapat keredaan dari Tuhan yang Maha Esa. Di bawah ini saya akan kongsikan 5 tip cara untuk menjadikan diri kita mahal tanpa mudah jatuh cinta kepada seseorang yang bukan halal untuk kita.
- Pelihara diri dari berpegangan tangan dengan bukan mahram.
Pelihara diri dari perkara yang dilarang Allah adalah perkara yang sangat dituntut dalam islam. Tujuannya adalah untuk menjaga kesucian diri dan maruah diri terutama yang bergelar sebagai seorang wanita. Tak salahkan untuk kita jaga diri untuk yang halal nanti?
- Menahan diri dari ingin berdua-duaan di tempat yang sunyi.
Perasaan ingin berdua-duan bersama-sama orang yang kita cintai adalah perkara lumrah pada setiap pasangan. Tambahan lagi apabila hubungan tersebut semakin dekat untuk ke arah pernikahan. Namun, demi menjaga kesucian diri dari melakukan perkara yang terjerumus ke arah mendekati zina, perlulah dielakkan dengan cara yang baik.
- Tidak mesej berlebih-lebihan.
Walau hanya dengan membuat pesanan ringkas, di situlah bibit-bibit percintaan akan bermula. Jika kita pandai mengawal diri, in shaa Allah tidak akan berlaku perkara yang tidak baik pada diri. Cukuplah bermesej dengan perkara yang penting sahaja.
- Menjaga diri di media sosial.
Tidak berlebihan dalam media sosial. Cukuplah sekadar mengambil tahu isu semasa kerana dirimu begitu berharga.
- Tidak mudah cair dan melayan bukan kepada yang sepatutnya.
Untuk menjaga diri dengan lebih baik, apabila berurusan dengan seseorang hendaklah berurusan dengan cara sederhana bagi mengelak diri dari perkara yang tidak sepatutnya berlaku.
Wahai diri, mahalkanlah dirimu, peliharalah auratmu, didiklah diri dengan iman dan taqwa. Menjadi orang yang sombong pada tempatnya demi menjaga kesucian diri. Jangan terlalu kejar cinta yang bukan halal untukmu.
Penulis : Ayunni
