Ajal maut, jodoh pertemuan semua telah ditetapkan oleh ALLAH S.W.T. Bila bercakap tentang jodoh, pasti kita tertanya-tanya tentang siapa jodoh kita? Atau mungkin kita akan tertanya-tanya, macam mana nak tahu dia jodoh kita?
Mengikut perkongsian dari XTRA, “Dua manusia yang rasa mereka memang ditakdirkan dan dijodohkan bersama pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara kedua-duanya.” Benarkah begitu?

Berikut adalah tanda dia adalah jodoh anda:-
- Menerima seadanya
Dia tidak ambil peduli siapa kita sebelum ini, yang penting baginya adalah siapa kita sekarang. Dia juga tidak ambil peduli kisah silam kita sebelum ini. Dia menerima kita seadanya sekarang.

- Saling mempercayai
Bagi mereka yang berjodoh, sikap atau sifat saling mempercayai satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Anda akan rasa bebas untuk bercerita antara satu sama lain kerana yakin mereka tidak akan membocorkan rahsia yang anda beritahu.
- Saling memahami dan selalu ada
Pasangan anda selalu ada tidak kira apa jua situasi sekali pun. Pasangan anda juga selalu memahami “mood” anda walaupun tanpa diberitahu.
- Bersikap bersahaja
Pasangan anda bersikap bersahaja dan menjadi diri dia sendiri. Anda boleh perhatikan dari cara dia bercakap, cara dia berpakaian, cara dia ketawa serta dari cara dia makan dan minum. Adakah ia nampak spontan dan bersahaja atau sedang dibuat-buat. Jika dia nampak tidak selesa, tandanya dia sedang berlakon. Tetapi, jika ia bersahaja dan menjadi diri sendiri, dia adalah calon yang tepat untuk anda.
Jodoh pertemuan semua ditentukan oleh ALLAH S.W.T. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang.
Bila kita sudah berusaha, kembali pada ALLAH. Mohon pada ALLAH S.W.T. agar dikurniakan petunjuk yang terbaik. InsyaALLAH dengan izinNYA kita akan dapat petunjuk yang terbaik.
Moga-moga untuk mereka yang sedang dalam fasa tertanya-tanya siapakah gerangan jodohnya ini dipermudahkan segala urusan.
Penulis : Fatimah
