Kasih sayang dan cinta adalah sebuah perasaan yang sungguh indah dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Terutama buat mereka yang sedang hangat dilamun cinta. Namun, dalam sesebuah perhubungan pasti akan ada pasang surutnya. Betul, kan?
Jadi, apa rahsia mudah agar kita boleh memikat hati orang teristimewa sentiasa?
Dipetik dari tip yang diberikan oleh seorang psikologi muda di akaun Twitternya @AimanPsikologi, ini antara 6 “jalan” untuk memikat hati yang paling istimewa.

- Pelajari ilmu psikologi keperluan seseorang
Baca mengenai teori “Hirarki Maslow”. Dalam teori ini, anda boleh belajar mengenai 5 keperluan manusia.
- Jadikan diri personaliti seperti ibu-bapanya
Tahukah anda, dalam mencari pasangan atau mencari jodoh, manusia biasanya berada dalam keadaan separa sedar yang mereka mencari pasangan sama seperti ibu dan ayahnya.
Jadi, untuk memikat hati wanita anda perlu menjadi seperti ayahnya. Dan begitu juga sebaliknya. Andai anda ingin memikat hati lelaki, anda perlu menjadi seperti ibunya.
- Jika anda seorang lelaki, kurangkan senyum. Namun, jika anda seorang wanita, perbanyakkan senyum.
Satu kajian telah membuktikan bahawa lelaki suka wanita yang nampak mesra dan periang. Manakala wanita pula sukakan lelaki yang bersifat “cool” dan tegas.
- Menjadi sedikit “misteri”
Ada kalanya, anda tidak perlu tunjuk atau ceritakan semua perkara tentang diri anda kepada si dia. Simpan sedikit agar si dia “curious” dan “excited” untuk bertanya dan berkenalan dengan anda.
- Kaitkan kasih sayang dengan sesuatu yang indah
Mengikut “Teori Of Associated Conditioning”, lakukan apa sahaja aktiviti yang membahagiakan seperti bermain luncur ais, berkelah di tepi pantai, berjalan-jalan dan banyak lagi aktiviti lain yang boleh dilakukan bersama si dia.
- Selalu tonjolkan diri padanya
Kajian sudah membuktikan bahawa individu yang selalu muncul atau hadir di depan mata biasanya lebih dihargai dan diingati. Namun, tidak pula individu yang jauh ini dilupakan.
Apa-apa pun, psikologi setiap manusia adalah berbeza-beza. Jadi tidak bermakna, semua tip yang diberikan boleh digunakan untuk semua manusia.
Mulakan semuanya dari hati. InsyaALLAH anda akan selalu diingati dan disayangi.
Penulis : Fatimah
