Tampil menawan dan berseri di hari bahagia pasti menjadi impian setiap bakal pengantin, kan? Selain daripada pemilihan busana dan solekan yang tepat, ada beberapa perkara yang patut anda lakukan untuk tampil berseri di hari bahagia.

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan rahsia tampil berseri di hari bahagia. Jom baca sampai habis!
- Rehat secukupnya
Rehat dan tidur yang cukup dapat membantu anda mendapatkan wajah yang berseri serta badan yang segar dan bertenaga.
- Jaga pemakanan
Selain daripada rehat dan tidur yang secukupnya, pemakanan anda juga harus dijaga. Elakkan makan makanan segera, makanan berminyak serta berlemak yang berlebihan. Anda juga digalakkan untuk mengurangkan pengambilan makanan bergula. Lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan. Pendek kata, amalkan pemakanan yang seimbang.
- Bersenam
Bersenam atau beriadah dapat membantu membuatkan badan anda terasa segar dan bertenaga. Lakukan secara rutin. Anda boleh lihat hasilnya di hari perkahwinan anda nanti. Pasti terasa segar dan bertenaga.
- Banyakkan minum air kosong
Selain daripada menjaga makan, anda digalakkan untuk minum air kosong atau air putih secukupnya. Pengambilan air yang mencukupi dapat membantu melembabkan kulit anda. Jadi, tidaklah kulit anda nampak kusam tidak bermaya sahaja.
- Merawat tubuh badan
Lakukan perawatan wajah serta perawatan tubuh, contoh “facial” dan “lulur badan” sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum majlis. Ini bagi membantu untuk membuang sel-sel kulit mati serta membantu memastikan kulit tidak kusam dan kelihatan lebih bermaya.
Moga-moga dengan perkongsian ini anda dapat tampil lebih berseri dan berkeyakinan pada hari bahagia anda.
Penulis : Fatimah
