Pertunangan berlaku apabila kedua-dua pasangan dah bersedia untuk berkahwin dan ingin mengenali dengan lebih mendalam termasuk dengan ahli keluarga. Tempoh pertunangan bergantung kepada pasangan mahupun keluarga samada ingin mengikat dalam tempoh kurang dari setahun atau lebih setahun. Tetapi seeloknya adalah mengikat tali pertunangan kurang dari tempoh setahun bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Dalam tempoh bertunang juga, anda mungkin akan diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu anda tempuh bersama pasangan untuk mengekalkan hubungan sehingga berkahwin. Jadi, untuk anda yang telah membuat perancangan ingin bertunang sebelum berkahwin anda perlu tahu ujian apa yang kerap berlaku kepada pasangan yang bertunang.
- HATI MENJADI RAGU-RAGU
Semakin dekat pada tarikh perkahwinan, anda akan berada dalam dilema dengan keputusan yang anda buat sama ada betul atau tidak dia pasangan yang anda ingin berkahwin.
- KEWANGAN
Anda tidak akan pernah jangka bila anda akan melalui dugaan ini, cuba untuk kawal diri daripada membeli barang yang tidak penting.
- PERBEZAAN PENDAPAT ANTARA PASANGAN
Setiap orang mesti ada citarasa tersendiri dan pasti anda dan pasangan akan mengalami perbezaan pendapat. Mungkin anda nak satu majlis yang sederhana tetapi pasangan anda inginkan yang mewah dan nampak grand. Jadi, sebelum bertunang minta untuk berbincang perkara ini dahulu dan sama-sama menerima pendapat.
- EX DATANG KEMBALI
Bila ex datang semula kepada anda, anda akan diuji dengan perasaan rindu dan terimbas kembali kenangan lama. Dan ex pasti menabur janji dan ayat-ayat manis untuk pastikan anda boleh kembali kepada si dia.
- KELUARGA
Dalam proses bertunang kita perlu kenal dengan ahli keluarga pasangan dan mungkin pada awalnya akan ada perasaan dan suasana kekok. Tambahan kalau ada adik- beradik pasangan yang tidak berminat dengan kita.
Bertunang boleh tapi jangan lama-lama. Makin lama anda bertunang, makin banyak dugaan tanpa diduga akan datang.
Penulis : Izzah
