Tahukah anda, penting untuk kita mengetahui jenis kulit wajah sebelum kita nak membeli produk-produk “skincare”. Ini kerana, jika kita salah memilih produk atau memakai produk yang tidak sesuai dengan kulit wajah, besar kemungkinan kulit kita akan “breakout”.

Tambahan pula, produk kesihatan dan kecantikan mempunyai formulasi dan kandungan yang berbeza untuk pelbagai jenis kulit. Jadi, untuk tahu produk apa yang patut kita beli, perlu tahu jenis kulit kita terlebih dahulu. 

Jenis-jenis kulit muka yang utama adalah:-

  1. Kulit kering
  2. Kulit kombinasi
  3. Kulit normal
  4. Kulit sensitif
  5. Kulit berminyak

Kalau anda masih confused macam mana nak tahu jenis kulit anda, jom baca artikel ni sampai habis. Terima kasih buat Herry Rozular yang berkongsi cara macam mana nak tahu jenis kulit wajah hanya dengan menggunakan tisu.  

Langkah-langkah:-

  1. Bersihkan muka dari segala sisa makeup menggunakan micellar water/makeup remover
  2. Cuci muka dengan pencuci muka 
  3. Biarkan wajah selama minimum 3 jam
  4. Ambil tisu, koyakkan pada 4 bahagian
  5. Letak pada dahi, dagu, pipi dan hidung

Senang sangat kan? Lepas dah buat tu, macam mana nak tahu kulit kita jenis yang mana?

Jom baca sampai habis.

KULIT NORMAL 

Kalau kulit wajah anda normal:-

Tisu tadi akan melekat sekejap sahaja, lepastu jatuh dan tak melekat lagi.

Atau, satu lagi cara untuk tahu kulit anda normal atau tidak adalah dengan tengok dan observe kulit wajah kita. Kalau kulit kita nampak biasa sahaja, tiada mengelupas, tak terlalu bersinar atau terlalu berminyak dan pori pun tak terlalu kelihatan itu tandanya kulit wajah kita normal. 

KULIT KERING

Kalau kulit wajah anda kering:-

Tisu-tisu tadi tidak akan melekat di wajah. Baru nak letak, dah terus jatuh. Kulit juga nampak kusam, mengelupas dan kasar. 

KULIT BERMINYAK

Kalau kulit anda jenis berminyak:-

Keempat-empat tisu tadi tu akan melekat. Tidak akan jatuh. Selepas 3-4 jam cuci muka, kulit wajah akan nampak berkilat dek kerana berminyak. Liang pori jelas terbuka dan kalau kita sentuh pun terasa minyak-minyak di wajah. 

KULIT KOMBINASI

Jika kulit anda jenis kombinasi:-

Tisu hanya akan melekat di beberapa bahagian sahaja. Contoh, tisu mungkin akan melekat di bahagian pipi dan dahi sahaja. Tapi, ada juga sesetengah orang tisu melekat di bahagian dagu dan hidung sahaja. Anda pun boleh tengok, sama ada di bahagian hidung terlalu berkilat berminyak dan ada kering. Itu tanda kulit wajah anda adalah kombinasi. 

 KULIT SENSITIF

Masalah kulit sensitif dipengaruhi oleh banyak faktor. Antaranya adalah, perubahan cuaca dan suhu, penggunaan kosmetik dan skincare yang tidak sesuai dan banyak lagi. 

Antara tanda-tanda kulit anda sensitif adalah:-

  • Kulit kemerahan dan nipis
  • Gatal
  • Mudah breakout

Sekarang, dah tahu kan jenis-jenis kulit? Dah tahu jenis kulit anda apa? Kalau dah, alhamdulillah. Lepas ni kalau nak beli alat kosmetik atau penjagaan wajah, pastikan beli yang bersesuaian dengan kulit anda. Semoga bermanfaat. 

Penulis : Fat