Kita mesti inginkan satu majlis impian bagi diri kita seperti majlis perkahwinan yang indah, cantik dan sempurna. Lagi-lagi bila kita menjadi raja sehari dengan memakai baju pengantin yang terletak elok di badan kita dan kita menjadi tatapan mata – mata di sekeliling sama ada kawan-kawan, saudara-mara serta pasangan  yang mungkin akan berkata “Cantiknya macam seorang princess”.

Tetapi apabila anda tengok pada cermin berkaitan saiz badan anda, mesti anda akan runsing akan nampak tidak menarik bila di atas pelamin. Ada beberapa perkara yang masih sempat untuk anda ‘fit’ sebelum naik pelamin.

  1. NAK NAIKKAN SERI PENGANTIN

Bila menjadi raja sehari ni, mesti kita nak wajah kita nampak berseri, cantik dan glowing supaya orang nampak kelainan pada wajah kita. Ada perbezaan wajah bila tidak make up dengan make up pengantin. Rajinkan menjaga muka dengan menggunakan basic skincare.

  1. RAIHKAN PUJIAN

Bila tetamu hadir pada majlis kita, mesti kita inginkan pujian daripada mereka dan mereka sedar nampak kelainan pada anda. Kita mesti taknak tetamu berkata yang kita nampak tidak cantik dan penat. 

  1. GAMBAR LEBIH CANTIK 

Gambar adalah untuk kenangan. Gambar yang ada akan ditunjukkan kepada anak-anak, cucu cicit kita suatu hari nanti. Bila anda lihat gambar perkahwinan semula anda sedar pada waktu itu anda lebih cantik dan seri pengantin anda juga ada. 

  1. PENGAPIT TIDAK OVERSHADOW PENGANTIN

Kita mesti taknak pengapit lebih menyerlah daripada pengantin kan? Nanti kalau pengapit lebih cantik berbanding pengantin mesti tetamu tidak akan fokus dengan pengantin. Beritahu dengan lebih awal kepada pengapit supaya tidak terlalu menyerlah pada majlis anda. 

Kalau nak cantik semasa menjadi raja sehari, berusaha dan berubah dari sekarang. InsyaAllah hasil tu akan berkesan sehingga anda akan nampak sendiri berbezanya anda apabila sudah fit semasa menjadi raja sehari.

Penulis : Izzah