Kahwin muda ini bukanlah satu perkara yang pelik ataupun jarang berlaku. Dari zaman mak ayah kita lagi mereka dah berkahwin awal dari usia 15 ke atas. Sebab itu anak-anak mereka ramai dan usia berdekatan dengan mereka. Tetapi mungkin boleh dijadikan sebab kerana dulu pembelajaran tidak setinggi seperti sekarang. Kalau nak dibezakan dengan zaman sekarang, mak ayah lebih pentingkan pelajaran dan inginkan anak-anak mereka berjaya mendapatkan pekerjaan yang hebat. 

Tetapi ada sesetengah mak ayah tidak suka untuk anak berkahwin awal takut masa depan anak mereka hanya menjadi suri rumah ataupun tidak dapat menyambung pelajaran dengan lebih tinggi. Tetapi, kalau nak dilihatkan pada masa kini dah mula ramai berkahwin awal ataupun kahwin muda dengan niat untuk mengelakkan daripada perbuatan yang tidak elok. 

Ada 7 rahsia kahwin ketika usia 20-an menyeronokkan. 

  1. SUSAH SENANG BERSAMA

Ya itu lumrah ataupun fasa yang perlu dilalui oleh semua pasangan. Tetapi, kalau kahwin muda anda akan merasa dari bawah dengan belum ada harta benda yang tetap seperti rumah, pekerjaan, pembelanjaan mahupun pengangkutan. Anda dan pasangan akan bekerja keras untuk adakan satu persatu perkara penting untuk melengkapkan barang keperluan ataupun harta benda. 

  1. BOLEH MERANCANG UNTUK ANAK

Pada usia muda, anda boleh merancang bersama pasangan pada waktu ataupun tahun bila anda inginkan zuriat. Mungkin ada sesetengah pasangan mereka ingin meluangkan masa bersama dahulu baru fikirkan tentang zuriat. Jadi anda boleh membuat perancangan bersama pasangan. Masa sangat panjang kalau anda berkahwin muda.

  1. BOLEH MELAKUKAN AKTIVITI BERSAMA

Kalau umur sama ataupun sebaya, fikiran dan sifat keinginan itu pasti sama. Anda boleh meluangkan masa dengan pasangan anda melakukan aktiviti-aktiviti yang menarik bersama-sama. 

  1. BELAJAR TENTANG RUMAH TANGGA

Pada awal-20an tak semua orang akan mahir dengan memasak kesemua lauk. Jadi, disini anda perlu belajar memasak dengan pelbagai lauk dan selepas masuk ke umur 25 anda akan jadi mahir tanpa melihat menu. Anda dan pasangan juga perlu belajar untuk sentiasa berkomunikasi apabila berlaku perbalahan. Disini akan diuji dari segi sifat kesabaran dan kemarahan anda. Sama ada anda boleh mengawal ataupun tidak. 

  1. BILA DAH BERUSIA, HIDUP AKAN SENANG

Kalau anda dapat zuriat pada awal perkahwinan, usia dalam 20an. Anak-anak anda akan menjadi seperti kawan-kawan anda dan usia tidak berapa jauh. Pada usia anda dalam 40an anak-anak dah besar dan mula bekerja. Disini mereka akan bantu anda dari segi kewangan keluarga dengan membayar bil api ataupun air rumah. Ataupun pembelanjaan barangan dapur.

Elok kalau berkahwin awal, kita juga dapat jauhi fitnah dan zina. Dan kita boleh membuat perancangan yang jauh untuk membina keluarga terutama daripada kualiti dan kuantiti anak.

Penulis : Izzah