Apabila nak berkahwin, mesti kita nak cari pasangan yang terbaik kan? Pasangan yang mampu bersama kita sepanjang hayat, susah senang bersama, saling membahagiakan dan membesarkan anak dengan didikan yang sempurna bersama.
Jadi, bagi seorang lelaki apa yang dipandang pada seorang wanita sebelum menjadi isterinya? Adakah sekadar cantik paras rupa jadi keutamaan? Tidak, bukan itu sahaja. Ada lagi yang lebih penting. Jom baca entri kali ini sekarang juga.

1.Sopan, lemah lembut tapi tegas.
Wanita yang sopan dan lemah lembut kebiasaannya memang berjaya menarik minat lelaki untuk jadikan isteri. Harapannya agar dapat membina sebuah rumah tangga harmoni jika sudah ada anak-anak nanti. Namun ketegasan juga perlu ada agar kehormatan diri sebagai wanita muslimah terpelihara.
2.Pandai bergaul dan sesuaikan diri.
Lelaki juga sangat tertarik dengan wanita yang pandai bergaul dan cepat menyesuaikan diri dengan keadaan. Wanita yang bijak berkomunikasi menampakkan dirinya seorang yang bijak, berani dan berkaliber.
3.Hormat ibu bapa dan orang sekeliling.
Lelaki akan memerhatikan cara seorang wanita itu melayan orang sekelilingnya terutama ibu ayah, adik-beradik dan keluarga asalnya. Jika nampak cara melayan pun sangat bagus dan menghormati mereka, lelaki sangat sukakannya. Bukan apa, selepas akad nikah nanti, keluarga lelaki akan jadi keluarga pasangan juga. Jika dia hormat keluarganya, insya Allah dia akan hormat keluarga kita juga.

4.Sangat memahami dan bertolak ansur.
Seorang isteri perlulah memahami pasangannya kelak. Lelaki sangat suka jika calon pasangannya sudah menunjukkan kematangan dalam memahami situasi dan saling bertolak ansur dalam urusan kehidupan.
5.Pandai berdikari dan jaga diri.
Apabila dapat wanita berdikari, bukanlah bermakna lelaki boleh lepas tangan. Tapi apa yang diharapkan adalah sekiranya suami tiada di sisi, isteri masih boleh survive untuk diri sendiri dan anak-anak.
6.Tak banyak kerenah
Pernah dengar wanita yang banyak kerenah ni membuatkan lelaki rimas? Belum masuk pelbagai drama ciptaan sendiri untuk tarik perhatian lagi. Hehe. Lelaki matang tak suka drama ciptaan sendiri tapi lebih suka wanita yang sedikit manja dan keanak-anakan. Sedikit sahaja tahu. Jika berlebih-lebih, lelaki akan turn off juga. Jaga-jaga!
7.Pegangan agamanya.
Ya, berkahwin untuk selama-lamanya. Lelaki akan berfikir panjang siapa yang bakal jadi ibu buat anak-anaknya nanti. Pastinya, pegangan agama wanita menjadi kiraan. Bukan apa, nak bentuk keluarga sakinah mawaddah memang perlu ada insan yang tahu serba sedikit ilmu agama. Mudah dibentuk dan mudah dididik.
Begitulah. Semoga lelaki di luar sana bertemu calon terbaik untuk dijadikan pasangan! Banyakkan berdoa dalam mencari jodoh dan semoga dapat kecap bahagia kelak.
Penulis : Saiful
