Anda baru putus cinta dan patah hati? Mesti sangat sukar untuk anda move on pada fasa awal ini kan? Lagi pula anda ditinggalkan bukan anda yang tinggalkan si dia. Sekarang, anda dah berniat untuk move on dan ingin tahu cara yang berkesan untuk move on dan paling penting anda perlu tahu kunci move on sebenarnya. 

  1. LUAHKAN PERASAAN ANDA

Melupakan kenangan dalam masa singkat sangat sukar. Lagi pula ex anda boleh move on dengan cepat tetapi anda masih terasa sakit di hati. Puncanya anda merasa sakit hati disebabkan anda tidak sempat untuk meluahkan perasaan anda tentang keadaan putus cinta tersebut. Ramai orang tidak berani untuk meluahkan perasaan mereka pada bekas kekasih disebabkan mereka tidak inginkan apa yang mereka sampaikan itu salah dan akan menyakiti antara satu sama lain. 

Tetapi, sebenarnya kunci move on ialah anda perlu luahkan macam mana perasaan anda yang sebenar tentang keadaan putus cinta yang anda sedang alami. Kalau anda merasakan perkara itu tidak adli, disebabkan ex minta putus dan membuat keputusan hanya sebelah pihak? Anda boleh utarakan perkara ini. Bukan bermaksud anda ingin bersama semula, tetapi hanya untuk meluahkan isi hati dan boleh membuatkan anda lega dan senang untuk move on

  1. JANGAN FOKUS KEPADA HARAPAN

Mesti ada sebab kenapa sesuatu hubungan itu boleh berakhir begitu sahaja. Tetapi kalau anda dah sampai ke pengakhiran hubungan dengan ex, anda sepatutnya dah tahu kenapa hubungan itu berakhir dengan rasional iaitu menerima kenyataan bahawa dugaan itu sudah berakhir. Sehubungan itu, tanpa anda sedar dalam diam ada orang mengharapkan bahawa orang yang mengakhirkan dan menyakiti anda akan berubah fikiran. 

Anda akan mengharapkan agar bekas kekasih anda menyedari bahawa putuskan hubungan dengan anda adalah satu kesalahan yang besar dan boleh membuatkan si dia itu menyesal dan dia akan kembali kepada anda semula. Pada umumnya, orang yang bergantung kepada harapan ini akan lebih kecewa walaupun akan ada kemungkinan kecil perkara itu boleh berlaku. Dan ini boleh menyebabkan anda sukar untuk move on, disebabkan anda masih menyimpan harapan. Sedangkan harapan dan kenyataan ini berbeza. 

Fokuslah kepada kenyataan bahawa hubungan anda bersama si dia telah berakhir dan itu kunci move on yang paling berkesan. Dan sentiasa bersangka baik kenapa hubungan anda putus ditengah jalan. Dan ingat bahawa Allah itu sebaik-baiknya perancang. 

  1. CINTAI DIRI SENDIRI

Cinta pada diri sendiri adalah kekuatan yang akan bantu dari pelbagai aspek kehidupan terutamanya dalam proses move on. Apa-apa yang terjadi di dunia luar pasti akan mempengaruhi diri kita sama ada untuk menjadi baik atau sebaliknya. 

Tetapi tanpa kita sedar, kita lebih inginkan cinta daripada orang lain untuk merasakan diri sendiri berharga. Jika anda mencintai diri sendiri, anda tidak perlu untuk mencintai orang lain termasuk bekas kekasih anda untuk merasakan diri anda berharga dan patut dicintai. 

Self love akan menyedarkan anda bahawa pentingnya self-care. Jika seseorang itu sedang mengalami patah hati, mereka berpotensi untuk menjadi malas merawat diri sendiri kerana tidak bersama lagi dengan seseorang yang dianggap paling berharga. Jika anda mempunyai fikiran seperti ini, seeloknya buang secepat mungkin. Kalau anda tidak makan, tidak mandi, tidak jaga kesihatan dengan seeloknya hanya untuk menagih simpati daripada ex, percayalah anda sendiri yang akan merasakan rugi. 

Mulakan dari sekarang untuk belajar mencintai diri sendiri dahulu sebelum mencintai orang ya.

Penulis : Izzah