Perasan atau tidak apabila berlakunya pergaduhan antara perempuan dan lelaki, lelaki akan lebih memilih berdiam berbanding melawan. Bila perempuan cakap lebih-lebih dengan marah terhadap lelaki, lelaki mesti tidak berikan respon. Sebagai wanita, belajar untuk selami hati lelaki dan pasti ada sebab ataupun perkara yang tidak kena apabila mereka memilih untuk berdiam. Sebenarnya ada banyak sebab kenapa lelaki ini memilih untuk berdiam diri dalam banyak keadaan. 

  1. CEMBURU

Jangan ingat lelaki berdiam diri itu tandanya tidak cemburu. Mereka pun ada hati dan juga perasaan. Mungkin dia nampak anda bergelak sakan dengan kawan-kawan lelaki anda semasa ketiadaanya, pasti hatinya sudah cemburu dan fikir negatif. 

Belajar untuk pujuk lelaki, kalau tidak boleh melarat. Untuk wanita, jangan biarkan lelaki ini berdiam diri disebabkan cemburu apabila anda bersama dengan kawan-kawan lelaki. Belajar juga untuk jujur dan berterus terang. 

  1. TAK NAK KERUHKAN KEADAAN

Lelaki merasakan tindakan berdiam diri adalah untuk menghormati perempuan. Bukanlah perkara yang mudah untuk lelaki bercakap dengan penuh hormat dan mengawal perasaan marah serentak. Apabila lelaki tengah marah, berdiam diri adalah cara untuk mereka kawal perasaan dan dapat mengawal diri daripada melakukan kelakuan yang agak agresif secara fizikal. 

Bagi wanita yang berhadapan dengan isu begini, pastikan anda tidak memaksa si lelaki untuk bercakap. Ini boleh menimbulkan perasaan yang agak kurang selesa dan makin rimas.

  1. TIDAK CUKUP DUIT

Ada kalanya apabila mereka bersendirian, mereka mungkin sedang memikirkan masalah kewangan. Mereka risau jika meluahkannya akan membuatkan pasangan berasa gelisah, stress dan ragu-ragu untuk meneruskan hubungan bersama. 

Mereka juga mungkin overthinking dan risau jika anda tidak boleh bersama dengannya apabila diuji dengan masalah kewangan. Dan mereka juga tidak mahu dikatakan mengambil kesempatan kepada perempuan atau tidak tahu untuk merancang kewangan. 

Sebagai wanita, jangan tinggalkan pasangan anda yang sedang diuji dengan masalah kewangan. Pada saat tersebut juga anda sebenarnya diuji kesetiaan dalam perhubungan.

  1. EGO

Lelaki dan ego seperti kawan baik. Lelaki dikenali dengan mempunyai keegoan yang tinggi. Mereka akan berasa kecewa jika tidak mampu memberikan yang terbaik kepada orang yang dicintai. 

Disebabkan itu, lelaki lebih memilih untuk berdiam diri kerana tidak mahu dianggap diri mereka tidak bagus. 

  1. JALAN SELAMAT

Kalau dalam situasi bertikam lidah, lelaki akan mudah kalah dengan perempuan. Diam seolah-oleh senjata bagi lelaki untuk mengelakkan perdebatan yang berlarutan dengan wanita.

Ramai lelaki menggunakan teknik ini sebagai menyelamatkan diri daripada pergaduhan antara pasangan dan tidak mahu lagi keruhkan keadaan serta menyelamatkan hubungan mereka. 

Mulai sekarang, wanita perlu belajar untuk memahami isi hati lelaki dan tidak merasa bosan dengan perangai mereka yang mungkin tiba-tiba mendiamkan diri. Mereka juga perlukan masa dan ruang untuk legakan hati serta melakukan yang terbaik dalam kehidupan mereka. Kita perlu memberi sokongan yang penuh dalam apa jua perkara baik yang dilakukan. 

Lelaki juga adalah mahkluk tuhan yang mempunyai hati dan perasaan cuma mereka ini tidak menunjuk yang mereka inginkan kasih sayang daripada anda. 

Penulis : Izzah