Mesti anda pernah mendengar tentang perigi mencari timba kan? Dengan lebih mudah difahami ialah perempuan mengorat lelaki. Kalau zaman dahulu perkara ini sangat ditakuti kerana bimbang dicop sebagai “perigi mencari timba”. Ia dianggap negatif dan agak memalukan untuk perempuan.

Situasi ini dianggap ‘taboo’ disebabkan ia jarang berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Walau bagaimanapun, ia tidak melanggar hukum agama. Jika dibandingkan pada zaman dahulu, mereka berkenalan secara berhadapan dan perlu bersua muka. Mungkin akan timbul perasaan malu dan segan . Tetapi pada zaman teknologi yang maju kini, di mana kita disediakan telefon bimbit yang canggih dan juga pelbagai aplikasi untuk mencari pasangan. Dengan ada kemudahannya ini, anda bebas berkenalan secara atas talian dahulu sebelum bertemu secara berhadapan.
Perkara ini boleh digunakan kepada lelaki yang mempunyai sifat pemalu dan takut untuk menegur calon perempuan. Cara ini juga bukanlah perkara pelik untuk para wanita praktikan. Selain daripada menegur secara langsung, boleh gunakan juga bantuan “orang tengah” untuk sampaikan hajat anda untuk berkenalan dengan si dia.
Jadi, istilah “perigi mencari timba” sepatutnya tidak lagi wujud pada tahun 2022. Jadilah wanita yang berani dan mandiri untuk dapatkan calon suami yang berbaloi sebagai pasangan hidup anda.
Penulis : Izzah
