Selain wanita, lelaki juga mempunyai pelbagai pantang larang dalam hidup mereka. Jika pantang larang mereka dilanggar, mungkin akan menimbulkan kemarahan dan konflik yang lebih besar di kemudian hari. Mereka merasakan bahawa pasangan tidak mampu untuk fahami mereka dan mungkin boleh membuatkan timbulnya niat untuk berpisah dengan anda.

- SIFAT MENGONGKONG
Lelaki paling benci jika sifat ini ada pada diri anda. Kalau anda refleks pada diri anda, pasti anda tidak suka untuk dikongkong. Tidak dibenarkan untuk berkawan dengan berlainan jantina walaupun hanya disebabkan kerja, dan memegang semua akaun sosial media anda. Pada pandangan lelaki wanita seperti ini merimaskan dan menjengkelkan.
- TIDAK MENJADI DIRI SENDIRI
Sebagai perempuan apabila bersama dengan lelaki, mesti diri kita akan berubah untuk menjadi lebih sopan dan lemah lembut untuk memikat hati lelaki. Tetapi tahukah anda, lelaki lebih suka jika anda menunjukkan penampilan diri anda sendiri untuk beri keselesaan apabila dengan si dia.

- MENGUNGKIT
Perkara ini selalu berlaku apabila berlakunya pergaduhan. Perempuan pasti ingin menang dengan cara mengungkit kesalahan lelaki untuk membiarkan mereka rasa bersalah dan mengalah. Sedangkan perkara ini sebenarnya boleh mengundang kemarahan mereka.
- SIFAT FRIENDLY
Lelaki paling benci kalau perempuan itu mempunyai sifat friendly terhadap lelaki lain. Mereka akan anggap perempuan ini mudah mesra dan melayan semua lelaki sama dengan dirinya.
- KERAP BERTANYA
Apabila perempuan kerap bertanya pelbagai soalan yang sama akan menimbulkan perasaan rimas pada lelaki. Tambahan pula jika soalan yang ditanya sangat remeh seperti “awak dekat mana? Dengan siapa? Ambil gambar”. Mungkin bagi perempuan mereka inginkan sebagai bukti. Tetapi inilah perkara yang lelaki paling tidak gemari.
Lelaki pun ada limit sifat kesabaranya. Jangan pernah mencabar lelaki punya kesabaran kalau tak mahu mereka berubah menjadi raksasa okay!
Penulis : Izzah
