Bila cakap tentang perkahwinan, mesti di fikiran anda akan terlintas kebahagiaan bersama dengan pasangan. Susah senang bersama dan bermacam-macam lagi. Tetapi pernahkah anda berfikir tentang kehidupan selepas berkahwin dan bagaimana untuk anda harungi pelbagai dugaan bersama dengan pasangan?

Sangat penting untuk anda membuat persediaan sebelum berumah tangga bagi memastikan anda boleh menghadapi pelbagai rintangan dan menjaga hubungan rumah tangga anda dengan selamat dan bahagia.
- ILMU
Sila tuntut ilmu rumah tangga. Cuba minta kepada ibu bapa anda ataupun adik-beradik dan kawan-kawan yang dah berkahwin untuk kongsikan pengalaman mereka dan apa perlu buat untuk persediaan anda sebelum berkahwin. Ilmu yang boleh memperolehi dari segi ilmu didikan anak-anak, ilmu komunikasi bersama pasangan, ilmu pengurusan kewangan dan bermacam lagi. Sepertinya ibu bapa yang lebih berpangalaman akan memberikan nasihat lebih kepada kita.
- AMALAN
Sebagai umat Islam, kita ditegaskan untuk fokus pada amalan kita. Dari segi solat, bersedekah, berbuat baik dan sebagainya. Jadi, seeloknya terapkan amalan kebaikan dalam diri anda untuk dibawa ke alam perkahwinan. Lagi pula kalau anda adalah seorang ketua keluarga, anda perlu bimbing isteri dan anak-anak untuk menjadi seorang yang soleh dan mengikuti ajaran agama. Tanggungjawab ini yang perlu anda pikul selepas berkahwin.
- EKONOMI
Kewangan dan pekerjaan sangat penting untuk bakal pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga. Jangan sesekali anda berhenti kerja sebelum berumah tangga. Ini akan mencabar kondisi kewangan anda. Belajar untuk berjimat dan beli barang yang penting sahaja. Selebihnya simpan untuk kegunaan masa hadapan. Serta anda boleh membuka satu akaun simpanan masa depan sebagai simpanan kecemasan anda sekeluarga.
Kahwin memang seronok tapi kita perlu fikir juga bagaimana kehidupan kita selepas kahwin. Kerana selepas kahwin kehidupan kita akan berubah 360 darjah kerana terpaksa memulakan hidup dengan keluarga baru tanpa ibu bapa.
Penulis : Izzah
