Dalam rumah tangga perkara yang paling penting dan perlu dititikberatkan adalah pengurusan kewangan. Tidak kiralah sama ada anda adalah pasangan yang baru berkahwin ataupun telah lama. Jikalau perkara ini diambil remeh, ia boleh mengundang masalah kewangan dan boleh menjadi punca pergaduhan antara pasangan. Jadi, anda perlu membuat pelan kewangan bersama pasangan anda dan berbelanja secara bijak dan jimat. 

  1. PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN

Semak semula gaji anda dan pasangan berapa hasil dalam sebulan dan cuba buat pecahan kiraan untuk berbelanja, untuk simpanan dan untuk membayar hutang. Lebih bagus kalau perkara ini dibincangkan lebih awal untuk pasangan yang belum berkahwin. Kerana perkara ini boleh mengelakkan daripada pergaduhan antara pasangan disebabkan duit. Kalau untuk yang dah berkahwin lebih elok untuk anda berbincang bersama dengan anak-anak dan didik mereka untuk menabung dan berjimat cermat mulai sekarang. Supaya mereka tahu tentang cara pengurusan kewangan yang bijak. 

  1. FOKUS PADA KEPERLUAN BERBANDING KEMAHUAN

Setiap manusia akan ada kemahuan tersendiri lagi pula sekarang zaman teknologi, ramai orang suka membeli belah secara atas talian sahaja. Nafsu berbelanja pasti tinggi tetapi apabila dah berkeluarga cuba anda renungkan terlebih dahulu, adakah ia akan menjadi perkara yang penting dan membawa faedah ke dalam keluarga atau sebaliknya. 

  1. MATLAMAT KEWANGAN

Bincang dan sediakan matlamat untuk menabung. Pengurusan kewangan yang baik akan membabitkan kewangan jangka pendek, sederhana dan panjang. Mulakan pada bulan baru dengan menyimpan dalam RM 20 sehari. Jikalau anda sering makan luar, cuba bawa bekal. Tukar daripada setiap hari berbelanja kepada menyimpan. Dan kirakan duit simpanan RM 20 x 30 hari = RM 600. Bila anda dah tahu jumlah pada akhir bulan pasti semangat untuk menabung ataupun menyimpan akan lebih tinggi. 

Zaman sekarang duit itu penting. Apa-apa perlukan duit, jadi agak susah kalau tiada simpanan ataupun hanya lelaki sahaja bekerja. Jangan disebabkan ego anda tidak benarkan pasangan untuk bekerja tetapi fikirlah tentang masa depan dan simpanan anda. Kita tidak akan tahu bilakah akan diuji dengan masalah kewangan. Sediakan payung sebelum hujan!

Penulis : Izzah