Lagi 2 bulan lagi kita semua akan memasuki tahun 2023. Pastinya masing-masing menanam impian yang pelbagai untuk dicapai pada tahun 2023 akan datang ini termasuklah impian untuk menunaikan umrah.

Tidak kiralah anda yang baru pertama kali berhasrat untuk menunaikan umrah mahupun sudah beberapa kali menjejakkan kaki di rumah Allah sebelum ini, persediaan perlu dilakukan secara rapi.

Bukan sahaja dari segi kewangan, tetapi dari segi fizikal dan mentalnya.

Menurut perkongsian dari Indra @ardnie di Twitter, persediaan dari segi mindset perlulah dimulakan dari awal lagi selepas sudah tahu tarikh untuk berangkat ke Mekah.

Setibanya di sana, adab dan tingkah laku perlu dijaga sebagai seorang Islam dan menjadi tetamu Allah.

Perbanyakkan doa semoga segala urusan dipermudahkan sepanjang urusan di sana.

Bagi mereka yang berhasrat ke sana, tetapi masih mempunyai kekangan yang tidak dapat dielakkan boleh jadi kan perkongsian Indra@ardnie di Twitter ini sebagai pembakar semangat untuk berusaha menjejakkan kaki di sana sebelum menutup mata. InsyaAllah Aamiin.

Pembacaan melalui sumber asal perkongsian dari Indra@Ardnie ini disini:
https://twitter.com/ardnie/status/1076520809592549377?t=ObLKNRwcQZ8lwVrgjO_RpA&s=19

Penulis : Afifah