Kalau kita lihat kemalangan di atas jalan raya ini kerap berlaku tanpa diduga. Ada yang sampai meragut nyawa dalam keadaan ngeri. Boleh juga berlaku dalam keadaan yang pemandu tidak teruk tetapi kereta yang teruk. Jadi, apa yang anda perlu lakukan ketika anda dalam situasi tersebut?

Pertama– Jangan sesekali tandatangan apa-apa jenis dokumen daripada penarik kereta. Sangat-sangat bahaya dan akan membuatkan anda rugi. Kenapa rugi? Tahukah anda, jika anda tandatangan dokumen yang diberikan oleh penarik kereta, mereka akan mendapat 10% komisyen daripada bengkel yang mana sepatutnya anda yang dapat. Jangan takut dengan gertakan dan mudah kasihan dengar cerita sedih daripada mereka kerana mereka inginkan anda bersimpati dan menurunkan tandatangan pada dokumen mereka.

Kedua- Maklumkan kepada mereka yang anda hanya inginkan khidmat towing sahaja. Khidmat towing akan dicaj bermula daripada RM100-RM200 sahaja. Minta kepada mereka untuk bawakan ke balai polis dahulu untuk anda buat laporan mengenai kemalangan. Selepas selesai membuat laporan, baru anda meminta mereka untuk bawakan ke bengkel yang mana pihak insurans cover. Kalau anda tidak pasti atau tidak tahu, anda hubungi pihak insurans tersebut dan bertanyakan kepada mereka alamat bengkel yang terdekat. 

Ketiga – Jangan sesekali percaya dengan kata-kata penarik kereta yang mereka ada bengkel. Sebenarnya, mereka ingin pancing anda untuk membawa kenderaan anda ke bengkel kenalan mereka dan hasil komisyen tersebut mereka yang akan dapat. Kena ingat, mereka hanya penarik kereta dan tiada bengkel pun. 

Keempat- Komisyen 10% itu anda boleh claim dengan owner bengkel sebab anda telah berikan mereka job. Serta anda boleh claim Loss Of Use tau! Apa itu Loss Of Use? Ianya adalah sejenis pampasan daripada pihak insurans berapa hari kereta anda perlu ambil masa untuk dibaiki sehingga pulih. Pampasan dalam satu hari anda boleh dapat dalam anggaran RM30 hingga RM50 sehari. Contoh kalau kereta anda ditahan selama 60 hari, satu hari RM40 darab dengan 2 bulan. Anda boleh dapat RM2,400. Siapa nak bagi duit sebanyak itu? Jadi, anda perlu tahu tentang perkara seperti ini. 

Tip ini mampu bantu anda dan menyelamatkan anda daripada penyamun yang tidak berhemah dengan pelbagai cara sehingga membuat anda untuk tandatangan pada dokumen mereka. Sila berhati-hati sebelum tandatangan ya.

Penulis : Izzah