Isu kemalangan jalan raya seringkali didengari atas faktor-faktor tertentu. Antara yang sering kita dengar adalah disebabkan segelintir manusia yang tiada sifat keprihatinan terhadap pengguna jalan raya yang lain.

Berdasarkan gambar yang dikeluarkan dari laman sesawang Public Health Malaysia di Facebook, aturan gambar sebuah kereta yang telah bertindak melulu menukar lorong dan telah melibatkan 2 buah lori kemalangan di atas jalan raya. Hal ini sangat tidak bermoral bagi pengguna berkenaan kerana sudahlah menjadi penyebab kemalangan berlaku, kemudian pengguna tersebut berlalu pergi. 

Sebagai pengguna yang berhemah, anda perlulah lebih cakna dalam pemanduan anda ketika di atas jalan raya. Ramai lagi pengguna yang berada di kawasan tersebut. Jangan disebabkan kesilapan kita di atas jalan raya menyebabkan banyak nyawa melayang. Seharusnya anda perlu lebih teliti dengan pemanduan anda supaya tidak mengakibatkan kemalangan berlaku. 

Nasihat kepada anda, jika anda menghadapi situasi dimana anda terlepas jalan yang ingin dituju, anda tidak perlu menukar laluan malahan anda perlu memandu terus sahaja dan cuba untuk mencari jalan yang menyambungkan anda kepada perjalanan yang sepatutnya. Sebagai contoh anda boleh menggunakan aplikasi yang mempunyai navigasi seperti Google Maps atau Waze yang dapat membantu anda ke arah destinasi anda. 

Semoga dengan sikap kita yang bermoral ini dapat menyelamatkan lagi pengguna lain di atas jalan raya. 

Penulis :- Huda