Seluruh dunia sedang hangat membicarakan tentang isu jambatan runtuh yang berlaku di Gujarat, barat India. Kira-kira 141 maut setelah jambatan pejalan kaki yang dibina sejak era zaman British tersebut runtuh, menyebabkan ramai mangsa yang terjatuh ke dalam sungai di bawahnya.

Jambatan pejalan kaki sepanjang 232 meter panjang dan 1.5 meter lebar dibuka semula Rabu lalu setelah hampir 7 bulan ditutup kerana diubah suai dan dibaik pulih.
Pihak berkuasa India berkata, kira-kira 500 orang termasuk wanita dan kanak-kanak sedang “asyik” meraikan pesta keagamaan di atas jambatan gantung tersebut sewaktu kejadian itu berlaku.
Beratus-ratus orang serta struktur jambatan gantung itu terjatuh ke dalam sungai. Manakala sebilangan mangsa terselamat kerana sempat berpaut pada runtuhan jambatan. Kebanyakan mangsa maut akibat lemas terjatuh ke dalam sungai tersebut.
Menteri Negeri di Gujerat pula memberitahu, seramai 80 orang berjaya diselamatkan.
Puluhan tentera darat dan tentera laut dikerahkan bagi membantu urusan mencari dan menyelamat yang sedang giat dijalankan.
Dalam perkembangan sama, Menteri Besar India Narendra Modi berkata, beliau amat sedih dengan tragedi tersebut serta akan menghulurkan pampasan bagi mereka yang cedera dan waris yang meninggal dunia.
Penulis:- Fatimah
