Rancang nak pergi bercuti ke destinasi yang jauh. Tapi pada masa yang sama risau nak long journey dengan anak – anak yang masih kecil. Macam –  macam dalam fikiran mak ayah ni. Mana anak tak duduk diam, risau anak meragam nanti dan bimbang kalau anak akan bosan. Kalau jarak ke satu – satu tempat tu hanya sejam ok lagi tapi kalau lebih. Memang mak ayah kena fikir 2 kali sebelum buat keputusan.

Ada 5 tips untuk mak ayah cuba atasi masalah di atas.

  1. Pakaikan pakaian yang sesuai

Pemilihan pakaian ini penting untuk memastikan keselesaan anak. Ini untuk memastikan anak selesa untuk perjalanan jauh tersebut. Pakaikan anak dengan pakaian dari kain cotton atau dari kain yang jenis sejuk dan tahan haba. Tidaklah anak kepanasan di siang hari walaupun aircond telah dibuka pada tahap maximum.

  1. Sediakan bahan bacaan atau permainan kesukaan anak

Mak ayah boleh bawa buku kegemaran, buku berlagu dan mainan anak – anak yang tidak bahaya. Elakkan beri anak alat tulis seperti pensil kerana ia tidak sesuai digunakan didalam kenderaan yang bergerak. Mak ayah perlu pastikan masa anak terisi dengan aktiviti yang berfaedah dan biarkan mereka buat sesuatu yang buat mereka suka. Jika lupa bahan tersebut, mak ayah boleh luangkan masa bercerita kisah – kisah yang menarik pada mereka. Elakkan memberi gadget pada anak.

  1. Pastikan perut anak kenyang dulu

Sebelum memulakan perjalanan, mak ayah perlu pastikan perut anak terisi terlebih dahulu. Pastikan anak kenyang. Seperti yang kita tahu jika perut seseorang itu lapar, mood mereka turut berubah pada mood yang tak seronok. Begitu juga pada anak – anak. Untuk bagi mood anak dalam keadaan baik, bagi mereka kenyang.

  1. Berhenti untuk pastikan anak-anak tidak bosan

Selepas beberapa jam dalam perjalanan mak ayah disarankan untuk berhenti rehat di RnR seketika. Keluarkan anak dari car seat dan biarkan anak “bebas” untuk meregangkan badan. Orang dewasa duduk lama pun rasa “kematu” inikan pula anak – anak. Masa ni boleh bawak anak ke tandas atau makan.

  1. Sediakan makan dan minum yang cukup 

Untuk perjalanan jauh, mak ayah boleh bawa sekali makanan dan minum yang mudah untuk dimakan bila anak rasa lapar. Sekurangnya bila ada makanan, mak ayah tak perlu risau terutama bila jalan jammed. Dan anak akan kurang meragam.

Tiada masalah untuk melakukan perjalanan jauh dengan si kecil jika semua persiapan dan apa yang diperlukan anak disediakan. Percayalah mereka juga teruja untuk pergi bercuti dengan mak ayah, tak kisah ia perjalanan jauh mahupun dekat. Yang penting mak ayah perlu memainkan peranan masing – masing.

Penulis : Ima