Era kini ramai ibu bapa yang memilih untuk menghantar anak-anak mereka tidak kira bayi atau kanak-kanak yang berumur 10 tahun kebawah ke rumah pengasuh. 

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook telah meluahkan perasaan sedihnya tentang kehilangan bayi yang disayangi yang berusia 12 bulan diakibatkan kecuaian pengasuh mereka. 

Menurut perkongsiannya, ketika hari kejadian selepas Pn Zulaikha menghantar bayinya, Harith ke pengasuh, Harith dalam keadaan baik sahaja. Selepas pengasuh tidur bersama  Harith, pada jam 11 pagi pengasuhnya tersedar melihat keadaan Harith muka dalam kebiruan dan tidak bermaya lalu mereka terus bergegas ke klinik berhampiran dan doktor meminta bawa Harith ke hospital segera. 

Pn Zulaikha juga mengatakan bahawa pernah sebelum itu ketika beliau ambil bayinya di rumah jagaan, bayi mereka dalam keadaan tidak mandi lagi. Selain itu, beliau mengatakan pernah bayi mereka mempunyai kesan bergaris panjang di dahi. Dan ada ketika bibir bayi mereka Harith terdapat kesan-kesan lebam. 

Perkara ini sangat membimbangkan buat Pn Zulaikha kerana dengan sikap acuh tak acuh seorang pengasuh yang menjaga anaknya sehingga kecuaian mereka menyebabkan perginya anak yang disayanginya. 

Buat pengasuh di luar sana, anda sebagai pengganti ibu bapa kepada anak-anak jagaan anda, anda perlu bersikap amanah dan bertanggungjawab terhadap jagaan anda. Walaupun anak asuhan, anda perlu lebih ambil berat tentang mereka seperti anak anda sendiri. Asuhlah mereka dengan sebaiknya. 

Penulis :- Huda