Pada 1/11/2022, ada satu video tular di aplikasi TikTok berkenaan seorang wanita tukar lampu di menara KLCC. Video itu mendapat sambutan sebanyak 2 juta tontonan serta meraih 207.2 ribu yang suka dengan mendapat lebih 5 ribu komen dari netizen yang kagum dengan aksi beliau di video tersebut. Video itu dirakamkan menggunakan satu alat drone yang boleh merakamkan pemandangan dari puncak menara KLCC tersebut.

Wanita yang mempunyai sifat keberanian ini bernama Normalia atau lebih selesa untuk dipanggil dengan Maya Sidek dan berasal daripada Nilai, Negeri Sembilan. Seperti kita tahu, kerja ini bukanlah satu perkara yang mudah dan tidak semua orang mempunyai sifat keberanian seperti ini. Di ruangan komen video tersebut mendapat pujian serta tanda hormat netizen kepada beliau atas sifat keberanian yang ada pada dirinya.
Ramai netizen berkata yang mereka lihat video sahaja dah mendapat perasaan takut, kerisauan, gayat dan ada yang hampir pengsan. Termasuk juga ada yang kagum serta hormat kepada “Iron Lady” ini. Tetapi, dalam video ini kita lihat Maya tidak ada sifat ketakutan dan kerisauan semasa menukar dan memasang lampu kerana beliau sempat untuk melambai kamera ketika itu.

Seperti kita tahu, pekerjaan seperti ini mempunyai risiko yang tinggi dan boleh melibatkan nyawa kita. Bukan semua orang mempunyai keberanian dan tidak semua orang yang layak untuk bekerja seperti ini. Betul orang kata, zaman sekarang apa sahaja yang perempuan tidak boleh buat? Tugas atau kerja lelaki semua perempuan dah boleh buat. Video ini dapat untuk menaikkan semangat wanita yang mempunyai cita-cita dan sukakan sukan lasak seperti ini. Ingatlah wahai wanita, anda perlu pandai berdikari dan bijak untuk berjalan sendiri. Jangan pernah bergantung sepenuhnya kepada seseorang lelaki dan anda berhak untuk mencapai impian serta kejayaan anda.
Penulis : Izzah.